Tuesday, April 17, 2012

Pesanan buat si Dia

~p/s utk utk yang sudah berkahwin(especially) dan bercinta....kredit buat kak yaya kerana mensharekn kata2 nie..sangat puitis dan indah...


Ya Allah sampaikan pada si dia....
Ya Allah beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya...

Ya Allah beritahu si dia ,cinta agung adalah cintaNYA..
Ya Allah beritahu di dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Ya Allah nasihati si dia,jangan mencintai aku
 lebih dari mencintai Yang Maha Esa,

Ya Allah nasihati si dia jangan mengingati aku
lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa,

Ya Allah katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Ya Allah ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupanya,

Ya Allah ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukannya harta,
Ya Allah ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya,

Ya Allah tegur si dia,bila dia mula mengagungkan cinta manusia,
Ya Allah tegur si dia,bila dia tenggelam dalam angan-angannya,

Ya Allah tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya,
Ya Allah sedarkan si dia,aku milik Yang Maha Esa,

Ya Allah sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Ya Allah sabarkan si dia,bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Ya Allah pesan padanya,aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya,
Ya Allah khabarkan pada si dia,aku tidak mahu melekakan dia,

Ya Allah khabarkan oada si dia aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya,
Ya Allah khabarkan pad si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku,

Ya Allah sampaikan pada si dia,ku mendambakan cinta suci yang terjaga..





~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...