Tuesday, November 30, 2010

SURI TELADAN BUAT SEMUA

Keagungan akhlak Rasullah SAW


Saudaraku,sahabatku, Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad SAW sebagai seorang penyampai risalah Allah SWT yang benar dan di redhai. Dan nanti di padang mahsyar, setiap umat Islam pasti akan meminta syafa’at dari beliau SAW dan menginginkan berada di barisan beliau SAW. Namun, pengakuan tidaklah cukup sekedar pengakuan. Pasti yang mengaku umat beliau SAW akan berusaha mengikuti jejak beliau dengan jalan mengikuti sunnah-sunnah beliau dan senantiasa membasahi bibir ini dengan mendo’akan beliau dengan cara memperbanyak berselawat kepada beliau SAW.
Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang isteri beliau, Sayyidatina A’isyah Rodhiyallahuanha mengatakan bahawa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku seharian beliau. Rasulullah SAW adalah sosok yang mandiri dengan sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.
Beliau pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa harus menyuruh isterinya. Dalam berkeluarga, beliau adalah seorang yang ringan tangan dan tidak segan-segan untuk membantu pekerjaan istrinya di dapur. Selain itu dikisahkan bahwa beliau tiada merasa canggung makan disamping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Beliau adalah seorang yang paling sabar dimana ketika itu pernah kain beliau ditarik oleh seorang badui hingga membekas merah dilehernya, namun beliau hanya diam dan tidak marah.
Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika beliau mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Selepas solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar.” Jawab Rasulullah. “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.
Akhirnya, Rasulullahpun mengangkat jubahnya. Para sahabatpun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak. Para sahabatpun berkata,
 “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”.
 Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, 
Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini,lebih-lebih di akhirat nanti.
Teramat agung pribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badui tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis karena tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak beliau SAW. Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.
Saudaraku, sungguh kehadiran Rasulullah SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang beliau contohkan kepada umat manusia. Beliau tidak pernah pandang bulu dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah mendendam, malahan beliau pernah menangis ketika mengetahui bahwa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hingga menginginkan umat manusia untuk meng-esakan Allah SWT.
Cukup kiranya beliau yang jadi suri tauladan kita, umat Islam khususnya yang hari ini sebagian sudah sangat jauh dari akhlak Rasulullah, baik dalam tindakan mahupun perkataan yang menyejukkan. Apa yang dikatakan oleh seorang sastrawan Pakistan, Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya dapat kita jadikan renungan bersama dimana beliau berkata: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti beliau (Nabi Muhammad)”.
Dalam salah satu hadits dikatakan bahwa “Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad SAW) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia”(HR. Bukhari). Kita tidak tahu apakah nanti akan di akui Rasulullah sebagai umatnya atau tidak kelak di yaumil kiamah. Namun satu yang pasti bahwa semua ingin berada di barisan beliau. Maka, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti akhlak beliau SAW semampu diri kita, sebagai suri tauladan kita yang utama, memperbanyak ucapan selawat untuknya, membela sunnahnya, bukan malah membelakanginya (mari berlindung dari hal demikian), sebagai bagian dari rasa cinta kita terhadapnya.
Saudaraku, mari kita sampaikan salam dan selawat kepada beliau SAW, yang dengannya kita akan beroleh cinta dan Syafa’atnya kelak di yaumil mahsyar. insya Allah…Amiin.
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…



~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Sunday, November 28, 2010

impian sang hawa

"Saya nak cari suami yang...."


Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."
Yang selalu kita lihat,
Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..
Yang kita harap dapat lihat,
Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..
Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat  kalau Al-Fatihah pun masih merangkak-rangkak
Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??
Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama-sama  memberi ingat
Untuk diri sendiri dan saudara-saudara yang dekat
Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg tak kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat
Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama-sama membaiki diri
Kalau bakal-bakal suami dan bakal-bakal isteri pakat-pakat membersihkan hati
Kalau suami-suami dan isteri-isteri dapat ikut segala perintah Ilahi.Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar-benar sejati
Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni......
Bila syariat Allah pakat-pakat dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali.Seronok di akhirat berganda-ganda lagi...
 Alangkah bertuahnyer jika seseorang perempuan itu dpt seorang suami yang mampu membimbingnyer,bukan sekadar akhirat malahan di dunia jugak...Wah,berimaginasi sekejap..
seorang yang sedap mata memandang..xperlu nsem sgt
pndai ambik n jaga aty,romantisssss gitu,
penyayang,,,n jgn dilupakan brtanggungjawab..
n mampu mngimamkan dalam sembahyang..
syahdu sgt44x...nie bleh buat

I lost in my fantasy...
        PERGGH!!  HU3....Moga2 trkabulah hajatku nan satu nie..MOGA  aku menjadi pencinta yang sentiasa tetap teguh cintaMUdan cinta seorang insan dan makhluk ciptaanMU yang bernama seorang lelaki atau yang lebih layak ke  atas diriku bakal suamiku..



~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Saturday, November 27, 2010

pastikah berkesudahan?

Akhirnya.trcpai jgak cita-cita nk buat blog nie..bknnya ada apew..cuma skadar ingin brkarya,brsharing,insyaallah..tp yg penting apa yg trbuku di hati..OPSSS!!!kalbu..silap..dpt diluahkn..DAH nma pown bicara kalbu,,hahaha.
tp bkn lah semata-mata untuk memgorbor psl kalbu...xde lah..everything3 lah..
Hah!back 2 the title..PASTIKAH berkesudahan?hurm,,,,satu persoalan yg xmampu dijawab kerna hendak kn sesuatu itu berkesudahan,memrlukan pemulanya mengakhirinya jugak..pastikan berkesudahan di sini,adakah suatu persoaln itu akan trjawab yang mana telah membuak2 di dada ini..bkn stkat dada jew..di benak nie..mcm neuron2 yg ada kt otak nie..full otak sgt44x,,,siapa yg mnjadi penyebabnyer,dialah yg kna brtanggungjwb...ye lar,owg 2 buat xkn owg len nk kna jwb..owg len xtaw ape2..cian kn!jgn tiap2 kali ada masalah..asyik nk lari jew..
  aiyooo..
smpai bila trjwb klau cam2...YA ALLAH,YA RABB,berikanlah segala persoalan dibenakku ini trjawab,akhirnya juga agar aku tidak bersedih lagi dan memikirkannya lagi..AMIN..
  Semua jwpn kpd persoaln itu begitu menyesakkan fikiran,merobek qalbu ini,dan akhir trlahir jua sebuah blog...
sekian wassalam..

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...