Sunday, November 28, 2010

impian sang hawa

"Saya nak cari suami yang...."


Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."
Yang selalu kita lihat,
Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..
Yang kita harap dapat lihat,
Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..
Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat  kalau Al-Fatihah pun masih merangkak-rangkak
Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??
Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama-sama  memberi ingat
Untuk diri sendiri dan saudara-saudara yang dekat
Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg tak kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat
Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama-sama membaiki diri
Kalau bakal-bakal suami dan bakal-bakal isteri pakat-pakat membersihkan hati
Kalau suami-suami dan isteri-isteri dapat ikut segala perintah Ilahi.Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar-benar sejati
Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni......
Bila syariat Allah pakat-pakat dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali.Seronok di akhirat berganda-ganda lagi...
 Alangkah bertuahnyer jika seseorang perempuan itu dpt seorang suami yang mampu membimbingnyer,bukan sekadar akhirat malahan di dunia jugak...Wah,berimaginasi sekejap..
seorang yang sedap mata memandang..xperlu nsem sgt
pndai ambik n jaga aty,romantisssss gitu,
penyayang,,,n jgn dilupakan brtanggungjawab..
n mampu mngimamkan dalam sembahyang..
syahdu sgt44x...nie bleh buat

I lost in my fantasy...
        PERGGH!!  HU3....Moga2 trkabulah hajatku nan satu nie..MOGA  aku menjadi pencinta yang sentiasa tetap teguh cintaMUdan cinta seorang insan dan makhluk ciptaanMU yang bernama seorang lelaki atau yang lebih layak ke  atas diriku bakal suamiku..



~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...