Esok bakal menjengah. Hari-hari yang dilalui sebagai seorang PENCUTI TEGAR dah berakhir sebab esok akan bermulalah hari berkuliah sebagai seorang mahasiswi UPSI.
Dengan umur yang menginjak,hopefully semakin matang dalam kehidupan dan begitu juga semakin matang tentang kefahaman islam itu sendiri. Sepanjang cuti, sempat juga menghabiskan 2 buah buku. Buku Motivasi SEBELUM AKU BERNIKAH by Hilal Asyraf dan novel english Going La La by Elexander Peter.
Best sangat buku2 nie. Setiap buku nie ada nilai2 yang ingin disampaikannya. Tapi anis amat tertarik sekali dengan SEBELUM AKU BERNIKAH. Walaupun bukanya lebih berceritakan tentang pengalaman dan definisi cinta seorang penulis(Hilal Asyraf) tapi cukup untuk membuatkan paradigma minda kita terbuka untuk mendefinisikan makna cinta itu.
Bukan dengan memaknakan cinta itu berlandaskan realiti cinta sekarang dan nafsu namun melalui pembacaan buku ini dapat membuka mata hati untuk berfikir tentang fitrah dan islam yang sebenarnya bukan untuk menyempitkan dan menyekat fitrah manusia yang ingin dicintai dan mencintai malah menggalakkan namun masih lagi dengan batasannya.
Cukup untuk kita memahami dan membina sebuah wajah cinta baru yang matang, berdisiplin,luasnya tidak menghanyutkan, dan prinsipnya pula tidak disempitkan.
Perkara yang paling merubah definisi cinta di dalam buku ini adalah Sekiranya benar-benar cinta, mahu bersamanya ke syurga. Segala perkara yang membawa ke neraka itu bukan cinta.
p/s : dan di dalam post yang sebelum ini juga adalah berkisarkan tentang isi di dalam buku ni.
p/s : dan di dalam post yang sebelum ini juga adalah berkisarkan tentang isi di dalam buku ni.
Sekian.
No comments:
Post a Comment