Wednesday, August 31, 2016

NEW LIFE IN SARAWAK

Assalamualaikum

Bertemu kembali kita di ruangan blog. Terasa kaku jari-jemari setelah lama menyepikan diri dari biadang penulisan blog ni. Setelah hampir 2 tahun sunyi tanpa nota-nota indah akhirnya kembali. Itu pun selepas saya godek2 seorang penulis blog yang comel. 

Inilah kehidpuan saya setalah bergraduasi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, akhirnya diposting di Sarawak sebagai guru vokasional di bawah Bahagian Teknik dan Vokasional. Pada tarikh 15 Ogos 2016 setelah kami semua berkumpul di Hotel Pearl International Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat bagi guru yang akan dipostingkan ke Sabah dan Sarawak.
Pada tarikh 16 Ogos 2016 pertama kali saya menjejakkan kakik di Lapangan Terbang Sibu Sarawak dan terus dibawa ke Kolej Vokasional Sibu. Alhamdulillah cikgu-cikgu dan kerani-kerani di sini sangat baik. Namun satu saja, of couse makanan di Sarawak amat mahal dari semenanjung dan xkena dengan tekak orang Kedah ni. Jadinya kalau sesiapa yang suka makan pedas lebih baik masak sendiri lar. Nak berjumpa kedai makan yang ok, kena try2 lar pegi kedai2 nie. Tapi bayar mahal kalau xsedap mmg xakan pergi lagi lar kedai too. Sibu nie macam bandar semua ada, tinggal sebut je. kalau agak makanan xkena dengan tekak, mmg KFC, SUGARBUN je lar yang selalu pergi. Kalau kedai makanan yang sedap mmg kena tggu malam lar baru buka. 

Tapi alhamdulillah setelah 2 tahun menunggu untuk dipostingkan tercapai juga. Cumanya sistem BPTV ni berlainan dengan sistem sekolah menengah biasa yang berada di bawah JPN. Jadinya sebelum masuk mengajar kena memahami dahulu sistem BPTV  dan matlamat Kole Vokasional ini adalah untuk melahirkan tenaga pekerja yang mempunyai kemahiran. Sekian. Bersambung di next post, ok!


Gambar kawan-kawan yang sama2 posting di KV SIBU SARAWAK. Gambar ni masa kami semua berkumpul di Dataran Sibu untuk Sambutan Kibarkan Jalur Gemilang.




Saja2 selfie sebelum pergi sekolah.









~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...