Wednesday, March 20, 2013

kata-kata indah

ASSALAMUALAIKUM
 
 

Ya ALLAH,
Andai suatu hari hati ini
bertemu pemiliknya selepas cintaMU dan cinta RasulMU

Biarlah dia  imamku dalam solatku
Yang mentarbiyah dan menfakihkan hatiku dengan ilmuMU

 akad nikah mematri cinta kami ke syurgaMU
 murabbi anugerahMU  untuk agamaMU

Sungguh berkalang jiwa pemisah al-jannah al-a’jilah kami
Andai itu jodoh tertulis di sana


sekian
NUKILAN : ARENYSS

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Tuesday, March 19, 2013

GOOGLE MAPS & GPS ALLAH


ASSALAMMUALAIKUM


 
Pernah tak guna GOOGLE MAPS? anis rasa mesti pernah kan..Paling tak pown pernah terjumpa bila di search google kt internet 2, akan ada result carian google maps..
Tgh dekat2 nk praktikal nie, anis dh mula bz nk cri sekolah, pas2, bila nk cri sekolah 2, kena lar pulak survey sekolah 2, nk pergi jalan mana, lalu jalan mana, dekat area mana..nak senang cari.. of course! guna google maps kn..
FROM A (OUR LOCATION) TO   B (LOCATION WHERE TO GO)…nnty akan ada larr jalannye…siap boleh zoom in and zoom out lagi..PERGH! HEBAT ARR!…SIAP boleh zoom in pergerakkan kita lagike tempat yang hendak ditujui lagi.… HURM..Namun apa  yang anis nk cerite sebenarnya, hidup kita juga seperti google maps..OPS!sorie..Hidup kita juga seperti google maps and GPS, di analogi kan larr…Nak tahu tak kenape? Pernah tak kita terfikir dan terdetik kat hati..kita sedang diperhatikan?pernah tak? tahu x perkataan ehsan?
Sebenarnya dalam kehidupan kita di google maps ALLAH melihat segala perbuatan kita,tindak tanduk kita, malah lebih daripada itu. ALLAH google maps, zoom in hati , perasaan, fikiran, hatta niat, sedang berlaku, masa hadapan sekalipun yang sememangnya telah ditentukan sejak roh dihembuskan ke dalam tubuh kita ketika masih dalam kandungan ibu lagi. tp bila di zoom out pulak..terasa seperti kerdilnya diri kita..seperti mana, apabila kita zoom out google maps. tempat yang ditujui.
 
Sungguh hebat kuasa dan keagunganNYA kan…bila kita berfikir kita di google maps oleh ALLAH, rasa seperti betapa kerdilnya kita disisinya, betapa rendahnya ilmu kita jika hendak dibandingkan dengan ilmuNYA. Justeru kenapa kita perlu takabbur, ego dengan imu yang kita ada, apa yang kita miliki seperti harta kepandaian kerana keemua yang ada pada kita juga adalah daripada YA RABB..yang memberikan segala nikmatnya kepada kita. Oleh yang demikian,kita sebagai hambanya perlu menjalankan tanggungjawab hakiki kita iaitu mengabdikan diri kepadanya. Anis bukanlah nak tunjuk pandai dan anis juga bukanlah orang yang pandai dalam bab-bab agama kerana anis masih lagi belajar dan terus belajar dan cuba mencari, memahami  ilmu-ilmunya. Anis juga bercakap dan memperingatkan semua orang dan diri sendiri juga kerana, kita bukannya seperti rasullah yang maksum sifatnya, ada kekurangannya, cacat celanya, perlu dijernihkan hatinya, perlukan makanan hati setiap hari.
 Cumanya anis sekadar nak menyampaikan kerana sudah termasuk dalam suatu hadis
Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
sekali lagi penegasan, post ini Cuma menzahirkan apa yang terdetik dihati sahaja dan jika ada silap ape2 dalam post nie, maafkan lah saya,, tegurlah saya,ye..post kt komen..kita sama2 belajar..

Wassalam

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Wednesday, March 13, 2013

BB1M..yang bermakna

ASSALAMUALAIKUM..




Hurmmm....post kali ini, anis nk cerita pasal buku lagi...Dalam kesibukkan masuk sem dengan assignment n program..Alhamdulillah sempat jugak baca buku nie... SIAPA ALLAH DIHATIMU? tulisan IBNU RIJAL baru belilarh katakan.. dan semestinya guna Baucar BR1M...hehehe...

Buku nie menceritakan tentang segala nikmat kuniaanNYA yang diberikan kepada kita samada sesorang itu kafir,musyrik mahupun seorang yang taat kepadanya. Diberikan analogi sebagai pembandingan segala kasih sayang ALLAH dengan kasih sayang manusia yang pada asalnya DIA juga yang menerbitkan hati manusia itu untuk menyayangi orang itu. Masa baca buku nie, bab awal2..memang mcm baca buku biasa tapi bila dh dekat nak habis baca.. SANGAT TERSENTUH DENGAN PENULISAN IBNU RIJAL nie..Seriously...

Diceritakan bagaimana kisah Al-Kiflu,orang kaya raya dari golongan Bani Israel yang melakukan maksiat sepanjang hidupnya dan semua jenis maksiat pernah dilakukannya, namun disebabkan seorang wanita yang begitu taat dengan Allah, yang pada asalnya rela hati untuk menyerahkan tubuhnya kepada si lelaki kaya ini dengan hasrat demi mendapatkan wang untuk keluarganya yang sememangnya terdesak memerlukan wang kerana ditimpa suatu musibah,lalu disaat pada malam hari sebelum wanita itu menyerahkan tubuhnya, wanita itu menangis..Lelaki tadi menjadi pelik dengan tangisan wanita tersebut kerana wanita tersebut yang rela hati melayannya, Lalu,al kiflu bertanya kepada wanita tersebut,

"Mengapa dikau menangis?Adakah aku yang memaksa dikau menyerahkan tubuhmu?"
wanita itu menangis dan terus menangis.. Al Kiflu semakin berang dengan menyatkan bahawa dia sama sekali tidak memaksa atau berniat merogol wanita itu tetapi sudah ada perjanjian terlebih dahulu dan wanita itu bersetuju.

Soal Al-Kifli "Adakah engkau takut kepadakua hingga engkau menangis begini"

dalam keadaan yang terketar2. wanita itu menjawab "Demi ALLAH. Tiada aku takut kepadamu. Demi ALLAH, jika bukan kerana keluargaku sangat memerlukan wang, aku pasti tidak akan melakukan perkara jijik ini"

hati Al Kiflu terus tersentuh dan berkata

"Pada saat engkau susah begini, engkau masih takut kepada ALLAH SWT? Engkau masih patuh kepadaNYA? Engkau yang diuji dengan musibah begini masih taat pada ALLAH SWT, sedangkan akau ini yang diberikan kekayaan dan segala apa yang aku mahu di bumi ini, tidak sekali-kali peduli kepadaNYA. Demi ALLAH,akau tidak mahu melakukan perkara seperti ini lagi".

hatinya terusik lalu pada malam itu, dan terus melakukan Taubat Nasuha dan meninggal malam itu juga. Kisah ini disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW lebih dari tujuh kali.

Lalu, Al Kiflu memberikan wanita itu wang sebagai hadiah (bukan hutang) dan menyuruh wanita itu pulang ke rumah dan Al Kiflu  menyesali segala perbuatannya dan melakukan taubat nasuha dan meninggal pada malam itu juga. Sabda Rasullah SAW "Al Kiflu fil jannah". Al Kiflu dimasukkan ke syurga keran ALLAH SWT telah mengampuni segala dosanya samada yang kecil mahupun besar.

sepertimana dalam riwayat AT-TARMIZI yang menunjukkan betapa ALLAH itu maha pengasih dan penyayang terhadap manusia namun samada manusia itu membalas kasih sayang itu atau pun tidak, DIA tetap memberikan segalanya NIKMAT dan keampunan...

"Daripada Anas RA., dia mendengar Rasullah SAW bersabda, " ALLAH SWT telah berfirman (maksudnya),hai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana engkau menyeru namaKU dan berharap kepadaKU akan AKU ampunimu. Apa pun keadaanmu dan AKU tidak peduli. Hai anak Adam! Seandainya dosamu menceah langit, kemudian engkau memohon ampun akan AKU ampunkan dan AKU tidak peduli. Hai anak Adam! Sekiranya engkau datang kepadaKU dengan dosa sebesar bumi, kemudian engkau menemuiKU dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan AKU dengan sesuatu, AKU akan mendatangimu dengan keampunan sebesar bumi juga!"

Berdasrkan kisah nie, dan  riwayat AT-TARMIZI, memang sangat tersentuh... Cubalah korang baca.. InsyaALLAH...moga sama2 anis dan sesiapa sahaja yang membacanya cuba untuk mencari dan mendapat cintaNYA dan menjadi hamba.. dan pencintanya dan semoga buku ini dapat memdidik hati yang pada asalnya bocor namun dapat ditampal kebocoran itu dengan iman kepadaNYA.

WALLAHUALAM BISSOWA..

sekian.


~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...