Hurmmm....post kali ini, anis nk cerita pasal buku lagi...Dalam kesibukkan masuk sem dengan assignment n program..Alhamdulillah sempat jugak baca buku nie... SIAPA ALLAH DIHATIMU? tulisan IBNU RIJAL baru belilarh katakan.. dan semestinya guna Baucar BR1M...hehehe...
Buku nie menceritakan tentang segala nikmat kuniaanNYA yang diberikan kepada kita samada sesorang itu kafir,musyrik mahupun seorang yang taat kepadanya. Diberikan analogi sebagai pembandingan segala kasih sayang ALLAH dengan kasih sayang manusia yang pada asalnya DIA juga yang menerbitkan hati manusia itu untuk menyayangi orang itu. Masa baca buku nie, bab awal2..memang mcm baca buku biasa tapi bila dh dekat nak habis baca.. SANGAT TERSENTUH DENGAN PENULISAN IBNU RIJAL nie..Seriously...
Diceritakan bagaimana kisah Al-Kiflu,orang kaya raya dari golongan Bani Israel yang melakukan maksiat sepanjang hidupnya dan semua jenis maksiat pernah dilakukannya, namun disebabkan seorang wanita yang begitu taat dengan Allah, yang pada asalnya rela hati untuk menyerahkan tubuhnya kepada si lelaki kaya ini dengan hasrat demi mendapatkan wang untuk keluarganya yang sememangnya terdesak memerlukan wang kerana ditimpa suatu musibah,lalu disaat pada malam hari sebelum wanita itu menyerahkan tubuhnya, wanita itu menangis..Lelaki tadi menjadi pelik dengan tangisan wanita tersebut kerana wanita tersebut yang rela hati melayannya, Lalu,al kiflu bertanya kepada wanita tersebut,
"Mengapa dikau menangis?Adakah aku yang memaksa dikau menyerahkan tubuhmu?"
wanita itu menangis dan terus menangis.. Al Kiflu semakin berang dengan menyatkan bahawa dia sama sekali tidak memaksa atau berniat merogol wanita itu tetapi sudah ada perjanjian terlebih dahulu dan wanita itu bersetuju.
Soal Al-Kifli "Adakah engkau takut kepadakua hingga engkau menangis begini"
dalam keadaan yang terketar2. wanita itu menjawab "Demi ALLAH. Tiada aku takut kepadamu. Demi ALLAH, jika bukan kerana keluargaku sangat memerlukan wang, aku pasti tidak akan melakukan perkara jijik ini"
hati Al Kiflu terus tersentuh dan berkata
"Pada saat engkau susah begini, engkau masih takut kepada ALLAH SWT? Engkau masih patuh kepadaNYA? Engkau yang diuji dengan musibah begini masih taat pada ALLAH SWT, sedangkan akau ini yang diberikan kekayaan dan segala apa yang aku mahu di bumi ini, tidak sekali-kali peduli kepadaNYA. Demi ALLAH,akau tidak mahu melakukan perkara seperti ini lagi".
hatinya terusik lalu pada malam itu, dan terus melakukan Taubat Nasuha dan meninggal malam itu juga. Kisah ini disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW lebih dari tujuh kali.
Lalu, Al Kiflu memberikan wanita itu wang sebagai hadiah (bukan hutang) dan menyuruh wanita itu pulang ke rumah dan Al Kiflu menyesali segala perbuatannya dan melakukan taubat nasuha dan meninggal pada malam itu juga. Sabda Rasullah SAW "Al Kiflu fil jannah". Al Kiflu dimasukkan ke syurga keran ALLAH SWT telah mengampuni segala dosanya samada yang kecil mahupun besar.
sepertimana dalam riwayat AT-TARMIZI yang menunjukkan betapa ALLAH itu maha pengasih dan penyayang terhadap manusia namun samada manusia itu membalas kasih sayang itu atau pun tidak, DIA tetap memberikan segalanya NIKMAT dan keampunan...
"Daripada Anas RA., dia mendengar Rasullah SAW bersabda, " ALLAH SWT telah berfirman (maksudnya),hai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana engkau menyeru namaKU dan berharap kepadaKU akan AKU ampunimu. Apa pun keadaanmu dan AKU tidak peduli. Hai anak Adam! Seandainya dosamu menceah langit, kemudian engkau memohon ampun akan AKU ampunkan dan AKU tidak peduli. Hai anak Adam! Sekiranya engkau datang kepadaKU dengan dosa sebesar bumi, kemudian engkau menemuiKU dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan AKU dengan sesuatu, AKU akan mendatangimu dengan keampunan sebesar bumi juga!"
Berdasrkan kisah nie, dan riwayat AT-TARMIZI, memang sangat tersentuh... Cubalah korang baca.. InsyaALLAH...moga sama2 anis dan sesiapa sahaja yang membacanya cuba untuk mencari dan mendapat cintaNYA dan menjadi hamba.. dan pencintanya dan semoga buku ini dapat memdidik hati yang pada asalnya bocor namun dapat ditampal kebocoran itu dengan iman kepadaNYA.
WALLAHUALAM BISSOWA..
sekian.
No comments:
Post a Comment