Tuesday, December 14, 2010

wujudkah pelangi selepas hujan?

Assalamualaikum...
selepas kecewa kehilangan post2 yg dlu dlm  blog yg lain..akhirnya aku  mampu bangkit untuk mencoretkan lagi apa yang tersirat,TERexplisit..dlm KALBU nie, kan!ALHAMDULILLAH..

"kita akan didatangkan pelangi selapas hujan menimpa"..APA MAKNANYA,YE?polemik sgt3x..

Pada malam ini aku memusatkan pendengaran aku pada satu kisah yang aku kira satu corak,satu warna warni,satu ujian dalam kehidupan ,tidak kiralah ianya berwarna apa sekali pun,namun itu adalah kehendakNYA menjadikan sesuatu itu berlaku seperti yang telah ditetapkan dan ditentukan,qada dan qadar..
Aku lebih  prefer mendengar dan menjadi pendengar yang baik,untuk mendengar adan menrespon terhadap apa yang aku faham serta mendegar mengenainya.Cerita ini adalah kisah famili senior yang aku kenal,yang aku kenal dan anggap dia memang seorang  perempuan,mahasiswa,anak,hamba ALLAH yang sngat kental jiwanya.Apa yang menyebabkan dirinya begitu kental adalah kerana ALLAH dan emak,abah,dengan adik perempuannya.Aku tidak ampu mencoretkan kisah dia dalam post ini,namun apa yang aku mampu katakan,dia memang seorang yang tabah..Sering kali,dia akan bercerita kepada kami famili debat masalah dia.Sememangnya kisahnya sangat sedih dan memilukan hati.Aku rasa,jiwa,lelaki yang mendengar pun akan tersentuh hati,apatah lagi jiwa seorang perempuan yang sememangnya berjiwa lembut.Bagiku dia seorang yang HEPI,,,,dan kelakar dan baik sangat,,,Tapi nie bukanlah aku nak sengaja nak puji kew nak kata org lain xbaik,,Eh,bukan mcm 2,,cuma sebenarnya,itu adalah realiti.Dia ada menceritakan apabila org lain ada masalah,dia akan mengkaunselingkan dan menaikkan semangat org 2 balik..tapi bila dia lemah,tiada seorang pun akan mampu menasihati dia,KECUALI DIRINYA SENDIRI yang akan cuba bangkit..Setiap org  pasti akn mengalami masalah yang tersendiri tapi dalam keadaan yang berbeza-beza.

Aku juga pernah mengalami perkara ayang amat menyedihkan,tapi sebenarnya,jika kita berbalik kepada keadaan zahir dan batin kita hanya kepadaNYA,,di situlah titik pertemuan antara kita dengan YANG MAHA MENCIPTA kita.Bagiku,jika kita meluah segala apa yang tersirat,bebanan,yang kian memenuhi otak kita,seperti mana neuron-neuron yang penuh di dalam otak kita2,,hanya kepada YANG SATU(ALLAH),maka kita akan beroleh ketenangan..dan demi memperoleh ketenangan itu,jika mutiara kristal,yang bertakung tetap jatuh jua tanpa kita sedari,,maka relakan lah ia mengalir walau selaju mana ia meluncur,mencurah-curah,membanjir-banjir,dan walau sedikit mana ia menitis  demi ketenangan yang akan kita perolehi akhirnya jua..dengan jalan penyelesaian yang terbaik dari ketenangan yang diperolehi itu.Jika difikirkan manusia mana yang tidak ada masalah,mesti akan ada masalah..

Seperti ada tokoh cendikiawan berkata 

"jika seseorang manusia itu,mengatakan dia tida masalah,yang sebenarnya ,dia sedang berada dalam masalah"

Begitulah,dalam liku-liku menepuh kehidupan,langit tidak akan selalunya cerah,tika masanya,gelap diselimuti malam berhiaskan bintang dan bulan,ataupun gelap gelita tanpa sedikit pun cahaya,cerah seriang,seindah waktu pagi,senja(keriangan bakal mengucapkan selamat tinggal buat si siang demi mengejar si malam,mendung yang disertai guruh dan kilat sambar-menyambar,siang yang panas terik ataupun siang yang sangat menyenangkan..Biar apapun ramalan cuaca kehidupan yang bakal,akan,telah lalui,maka itu adalah kehendakNYA menjadikan ianya seperti itu,,jadi, jangan lah kita menyalahkan takdirnya,andai jiwa dan batin kita  tidak akan menjadi setabah SUMAIYAH,namun,itu bukanlah kayu ukurannya...Namun kita sebagai hambanya maka perlulah kita kembali kepadaNYA..even  di kala senang mahupun susah.. 
       
dalam surah al-insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud,
       
       "sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan
       sesungguhnya di samping kesusahan ada kemudahan"


berdasarkan drpda surah ini,maka benarlah setiap apa yg berlaku pasti akan da hikmahnya,dgn diberikan olehNYA kemudahan,pahala kpd kita,,,

SEKIAN,WASSALAM..

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Tuesday, December 7, 2010

suatu pengembaraan


pelayaran mukmin

Kekuatan jiwa seorang mukmin itu bergantung pada pengamalannya seharian. Kesedaran yang menggunung tentang hakikat kejadian diri akan membuat diri seseorang, jelas tentang keberadaanya di dunia fana ini.

Firman ALLAH S.W.T: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKU” (Al-zariyaat ayat: 56).

Fikrah yang jelas membuat hidup lebih terarah. Seperti mana sebuah pelayaran, sudah pasti ada hala tujunya. Begitulah diibaratkan kehidupan kita sebagai hamba ALLAH di dunia yang fana ini. Pelayaran kita telah bermula sejak dilahirkan lagi. Pelayaran yang perlu dikaut sebanyaknya sebagai bekalan untuk disimpan dan digunakan pada penghujung pelayaran.

Sudah pasti dengan persinggahan yang sementara membuat hati kita terpaut pada yang di namakan keindahan. Tidaklah salah mencintai keindahan dan kecantikan kerana ALLAH itu cantik dan DIA suka akan kecantikan. Jadi perlulah berwaspada dengan keindahan yang di jumpai itu, kerana ia bukan milik kekal kita. Yang menjadi pemiliknya ialah ALLAH S.W.T.  

“Kehidupan dunia itu tidak lain kecuali permainan dan hiburan sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui.” (Al-Ankabut:64)

Carilah sebanyak yang mungkin peluang yang ada, kautlah sebanyak mana yang boleh bekalan kita untuk menuju ke negeri abadi. Tanpa bekalan itu, ternyata sia-sialah hidup manusia itu. Kesempatan yang ada perlulah di gunakan sebaik-baiknya. Jadikan peluang keemasan itu satu "reward" buat kita semua.

Kata-kata saidana Umar r.a “Hisablah dirimu sebelum dirimu dihisab” Melalui kata-kata itu, capailah maksud bahawa hidup ini perlu di muhasabah setiap masa, usah menunggu hari esok. Bersegeralah dalam kebaikan.

Hisablah diri tentang apa yang telah dibuat sepanjang umurnya, sepanjang hari dan malamnya. Ini kerana di akhirat nanti kita semua akan di tanya tentang waktu kita yang telah di habiskan. Menjalankan sesuatu pekerjaan perlulah diingatkan dengan ketaqwaan , keikhlasan dan keimanan.

Hiasi ia dengan sifat mahmudah, tawaddu’. Renungkan dahulu sebelum melakukan sesuatu itu, bahawa adakah ALLAH redha buat perkara ini? Betulkah ianya syar’ie? Adakah ia dituntut dalam Islam?

Tidak ada daun yang gugur yang tidak di ketahui ALLAH…”(Al-An'am:59)  
Curahkan ilmu dalam segenap hal pada yang tidak mengetahui, jangan menghina pada yang tidak mengetahui, kerana hati sebegitu adalah lebih sakit daripada yang tidak mngetahui. Hiasi sikap dengan kata berhikmah. Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah, apabila di baling batu, di berikan buah sebagai balasan.

Letakkan ALLAH sebagai tempat mengadu yang paling tinggi. DIA merupakan sebaik-baik tempat mengadu. Usah di bimbang ALLAH tidak memakbulkan doa kita, kerana sesungguhnya ALLAH Maha Memakbulkan segala doa. Cumanya sama ada cepat atau lambat.

Firman ALLAH S.W.T: “Berdoalah nescaya akan AKU kabulkan.”

Sesungguhnya orang-orang beriman itu apabila di sebut nama ALLAH, maka bergetarlah hatinya, apabila di bacakan ayat-ayat ALLAH, maka makin kuat(iman) dan kepada ALLAHlah mereka bertawakkal. Kuatkan cinta dan keyakinan padaNYA, usah gusar untuk bercinta denganNYA, percaya dan yakinlah, tidak akan siapa yang kecewa dengan cintaNYA. Dan ingatlah kesudahan bagi mukmin itu amat indah, tiada apa yang dapat di bandingkan dengan nikmat itu. Dunia sebagai penjara bagi mukmin, tapi pada orang kafir sebagai syurga.

Oleh itu rantaikan diri kita dengan keimanan, ketaatan dan ketaqwaan kepada ALLAH S.W.T. Moga-moga kesudahan yang baik adalah milik kita semua. Amin.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga(taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air(yang mengalir)." (Al-Hijr:45)

Ya ALLAH letakkan dunia ini di tangan kami, bukan di hati kami. Sama-sama doakan moga di tetapkan iman. wallahua'alam

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Monday, December 6, 2010

kenangan bersama

hari demi hari berlalu tanpa aku menyedarinya,tiba-tiba aku sudah pown habis exam..FUH!!exam...freedommmmmmmmm..hilang satu bebanan aku..Namun tika exam kian menyusur pergi tanpa lagi ingin menoleh ke belakang,aku merasakan aku sudah menjejaki satu langkah memasuki sem yang baru dan tika saat semester satu  akan jauh berlari meninggalkan pengejarnya,tika itulah..aku merasakan hati ini kepiluan kerna masa yang aku lalui bersama housemate aku,akan berakhir,tetapi our relationship will not end like that..coz....we are alwayz love each other..Aku mengimbau kembali saat baru-baru masuk semester dan baru masuk ke rmh itu,....
semua org di dalam rumah itu seperti agak janggal untuk memulakan bicara....ye lar kan..agak sukar untuk kita berbual,bersembang seenaknya dengan org yang baru kenal..namun,,,semakin hari,perasaan 2  mula bertukar warnanya..dalam rumah aku ada 6 orang sumernyer..seorg budak sabah(nazurah),seorg budak sarawak(ilin),seorg lagi budak perak(dinish)sorang lagi dak selangor(wawa),dan aku dan yang seorg lagi dari kedah(ain)..agak pelikkan dunia nie..dalam byk2 org kat dunia nie..aku dapat duduk serumah dengan budak kedah nie..ain namanyer,dulu dya dari Matrikulasi Perlis jugak sama seperti aku.Kat matrik aku tidak kenal dya tapi aleh2,dpt duduk serumah..mmang tidak aku jangka,dah lar satu negeri...KUASA  ALLAH,kan!jodoh kuat,,,
kenangan yang begitu manis sekali tika aku bersama dorang..saat makan beramai-ramai,bergelak ketawa,tengok citer korea sama2x nden paling yang x boleh nak dilupakan masa tengok citer korea share2x tuala nk lap air mata yang jatuh bercucuran 2,,,hahahah,,kelakar kan..n den karaoke sama2x..best sangat..namun apa ang menjadi kenangan manis bagi kita itu hanyalah datang cuma sementara,,,tetapi abadi tercalit di memori menjadi satu sejarah sebuah persahabatan...
Masih ku ingat lagi,,,ain suke cri lagu korea n lagu lain yg baru,,dan dya jugaklah master dalam mencari citer korea yg terbaru dan best..hahaha..n den dinish suke tidoq,ilin suke on9..wawa,dsah macam mak kami sumer coz wawa pandai masak n den memang matang dari kami sumer..kanak2 kew kami yang lain..heee..perasan,,,hahaha..aku?hurm?korang agak apew yg aku suke wat?hehehe..biarlah rahsia..hah!lagi sorang ag..naz,,nie pown suke on9..n den xterkecuali yg lagi sorang nie,yg minat giler2 ngan B2ST..xpernah lagi lar aku tgok owg yg SEfanatik ngan artis yg smpai mcm nie..kelakar plak dak sowg nie..unik lar pulak dya nie..2 owg dlm rmh nie gelar dya..nama dya ita...tp kepakaran dya adalah it.coz dya dak  koz it..minat giler lar dya dgn B2ST,smapi hafal lirik lagu,ikut tarian,n cari biodata artis2 tuh!dr nama dorang,alamat,ketinggian,berat,nama mak dya,ayah dya, n mcm lagi lar..HAI!sampai xlarat plak aku nk citer psl dya nih..
N den hari  kami sumer bersama mcm nie.,lpas habis exam,nk release tension!kmi mkn sama2x kat KFC with black forest cake..pergh,,sedap giler...yummi!smapai xlarat nk mkn lagi,,,,memang best duduk serumah ngan korang..sem depan dh xbleh duduk serumah ngan korang tapi apew2x pown..our friendship still kekal mcm dlu ag,.Hope lpas nie,,kita xde lar,xtegur2..harap2 still cam dlu ag..






sekian,wassalam
~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Wednesday, December 1, 2010

ku tidak mengharapkan kepergianmu

Hari ini bertarikh 02/12/2010...rupa-rupenyer aku sudah meninggalkan hari kelmarin...Kelmarin apa yang berlaku ye?muhasabah sekejap!!!satu perkara yang masih lagi aku lakukan kelmarin begitu seronok.PENAT!!!ckop penat,teramat sgt...bgos kew ayat 2,btol kew bhsa melayu nyer,hurm...biarkn jew lar,,adaku kisah..heee
Kelmarin 1/12/2010,FOYER JMK,first time aku jumpa senior sem 7 debat(usb) yang selama ini aku tidak kenal.Yang kenal pown abg zam jew lar ,walaupun jamuan yg besa-besa jew n sederhana..tapi bg ku.ianya sudah memadai kerna kekadang owg tidak akan pandang apa yang mnjadi realiti sebenarnyer tapi mereka lebih memandang keikhlasan hati kita untuk melakukanyer kpda owg lain.Majlis itu pada mulanyer sememang agk formal,2 untuk permulaannyer jew lar..lepas ucpan sepatah dua kata dari abag azim(ydp kab)yang juga merangkap bekas pengerusi usb yang sekarang nie jawatan 2,dipegang oleh abg shahril,turn abg shahril pula untuk memberi ucapan selaku pngarah program..dan akhirnyer ucapan dari abg  zam,,ucapan yang aku tunggu2..TUNGGU2 gitu...ye lar maklum lar,tok guru debat aku abg zam ngan abg shahril,,,dalam ucapan nyer aku trtarik dengan satu ayat nie,,,aku akui dan menGIYAkan sumer 2...namun yang sbnarnyer hati aku tetap pada usb,sygkan kab,kolej yang tercinta walaupown aku start msok kelab debat dhulu..kerna hal-hal yang tidak mampu aku elakkan
USB + kelab debat=famili
tetapi bukan itu yang aku ingin perkatakan sebenarnya,,,di sebabkan ini mungkin itu adalah kali yang terakhir untuk aku(dak usb sem 1),sebenarner aku dengan segan-silu nak mengucapkan ucapan terima kasih 100x kerana telah memberikan,menSHARINGkan ilmu debat kpda kami dak usb sem 1,trutamanyer masa DEBAT NAIB CAUNSELOR,walaupun perkara pertama yang belajar  dlm debat adalah keyakinan tapi itulah yang susah untuk aku menyakinkan diri aku untuk meringankan bibir,menutur ucapan terima kasih,hanya sekadar TERIMA KASIH,shishi nie(xtaw nk eja)ari kato,thank u..abg zam dengan gigihnyer mengajar kami demi kab,usb, dari 0% sehingga 100%,dari botol yang kosong akhir telah penuh walaupun pada zahirnya tiada kelihatan isinya namun dpt dirasainyer,dinikmatinyer..dan sehinggalah dalam pertandingan sentiasa menolong,membantu,memberi sokongan sedaya upayanyer..Begitu akan terasa kehilangan yang cukup besar buat usb apabila senior-senior debat akn menhenjakkan langkah mereka untuk mengejar cita-cita yang hampir sejengakal jaraknya untuk digapai,dicipta,direalisasikan..tidak dilupakan juga senior-senior sem 7 yang berucap 2,ada jgk menceritakan kepada kami semua mengenai soursweet,honeymadu,bittersalty,diorang semasa dalam usb..begitu rapat,,seperti kata pepatah yang jauh kita rapat-rapatkan,yang rapat,dekat, kita intim kan...MACAM KARAM SIGH WALIA,hahaha..kenangan yang tidak ampu untuk dipadamkan dengan hanya mengambil eraser dan memadamnyer ataupown dengan menggunakan liquidpaper ataupown clorox..tidak  juga mampu  melunturkan semua itu kerna ianya teguh sebagai sebuah kenangan yang terindah buat mereka. kata-kata ucapan motivasi yang cukop bermakna  juga diberikan oleh wahai senior2,tuk guru usb sem 7,,,we all luv u..n kpd tuk guru debat aku yang turut byk mengajar dr first aku msok debat,abg shahril,u are de best,,n others have been teach me too..i alwayz appreciate that..thanks a lot..aku berasa  cukop bahgia berada dalam famili debat(usb+kelab debat)walaupown ada kalanya diri ku,fikiranku ini terasa ingin menjadi pengecut yang lari dari medan perang sebelum tiba medan perang yang sebenarnya(dialam cita-citaku)..namun aku tahu aku tidak mahu terus mnjadi the loser,org lemah yang seperti 
 apabila ditiup angin akan jatuh,dan bila di tempuh nyamuk tidak mampu  untuk bangun.
.pepatah ada juga  mengatakan  bahawa
 dunia tidak akan memandang kamu apabila kamu menjadi seorang yang putus-asa akan tetapi mereka akan memandang kamu apabila kamu sudah berjaya.
kejam kah dunia,masyarakat di dalamnyer,sehingga tidak mampu  lansung menerima kita seadanya diri manusia yg loser,tetapi hanya DIA sahaja yang MAHA PENGASIHANI lebih dari segalanya, menerima kita seadanya ,sebegini rupa,yang tidak sempurna.. maka kerna itu sebolehnya kita harus bangkit dari sejarah semalam....Namun bagiku hari semalam yang telah meninggalkan ku tanpa aku sedarinya,hari ini menggamitku keriangan,namun semua itu tetap akan ku ingati biarpun itu adalah kali yang pertama diadakan jamuan buat senior-senior famili usb,ia adalah yang terbaik..
Sekian,wassalamualaikum


~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...