Tuesday, December 14, 2010

wujudkah pelangi selepas hujan?

Assalamualaikum...
selepas kecewa kehilangan post2 yg dlu dlm  blog yg lain..akhirnya aku  mampu bangkit untuk mencoretkan lagi apa yang tersirat,TERexplisit..dlm KALBU nie, kan!ALHAMDULILLAH..

"kita akan didatangkan pelangi selapas hujan menimpa"..APA MAKNANYA,YE?polemik sgt3x..

Pada malam ini aku memusatkan pendengaran aku pada satu kisah yang aku kira satu corak,satu warna warni,satu ujian dalam kehidupan ,tidak kiralah ianya berwarna apa sekali pun,namun itu adalah kehendakNYA menjadikan sesuatu itu berlaku seperti yang telah ditetapkan dan ditentukan,qada dan qadar..
Aku lebih  prefer mendengar dan menjadi pendengar yang baik,untuk mendengar adan menrespon terhadap apa yang aku faham serta mendegar mengenainya.Cerita ini adalah kisah famili senior yang aku kenal,yang aku kenal dan anggap dia memang seorang  perempuan,mahasiswa,anak,hamba ALLAH yang sngat kental jiwanya.Apa yang menyebabkan dirinya begitu kental adalah kerana ALLAH dan emak,abah,dengan adik perempuannya.Aku tidak ampu mencoretkan kisah dia dalam post ini,namun apa yang aku mampu katakan,dia memang seorang yang tabah..Sering kali,dia akan bercerita kepada kami famili debat masalah dia.Sememangnya kisahnya sangat sedih dan memilukan hati.Aku rasa,jiwa,lelaki yang mendengar pun akan tersentuh hati,apatah lagi jiwa seorang perempuan yang sememangnya berjiwa lembut.Bagiku dia seorang yang HEPI,,,,dan kelakar dan baik sangat,,,Tapi nie bukanlah aku nak sengaja nak puji kew nak kata org lain xbaik,,Eh,bukan mcm 2,,cuma sebenarnya,itu adalah realiti.Dia ada menceritakan apabila org lain ada masalah,dia akan mengkaunselingkan dan menaikkan semangat org 2 balik..tapi bila dia lemah,tiada seorang pun akan mampu menasihati dia,KECUALI DIRINYA SENDIRI yang akan cuba bangkit..Setiap org  pasti akn mengalami masalah yang tersendiri tapi dalam keadaan yang berbeza-beza.

Aku juga pernah mengalami perkara ayang amat menyedihkan,tapi sebenarnya,jika kita berbalik kepada keadaan zahir dan batin kita hanya kepadaNYA,,di situlah titik pertemuan antara kita dengan YANG MAHA MENCIPTA kita.Bagiku,jika kita meluah segala apa yang tersirat,bebanan,yang kian memenuhi otak kita,seperti mana neuron-neuron yang penuh di dalam otak kita2,,hanya kepada YANG SATU(ALLAH),maka kita akan beroleh ketenangan..dan demi memperoleh ketenangan itu,jika mutiara kristal,yang bertakung tetap jatuh jua tanpa kita sedari,,maka relakan lah ia mengalir walau selaju mana ia meluncur,mencurah-curah,membanjir-banjir,dan walau sedikit mana ia menitis  demi ketenangan yang akan kita perolehi akhirnya jua..dengan jalan penyelesaian yang terbaik dari ketenangan yang diperolehi itu.Jika difikirkan manusia mana yang tidak ada masalah,mesti akan ada masalah..

Seperti ada tokoh cendikiawan berkata 

"jika seseorang manusia itu,mengatakan dia tida masalah,yang sebenarnya ,dia sedang berada dalam masalah"

Begitulah,dalam liku-liku menepuh kehidupan,langit tidak akan selalunya cerah,tika masanya,gelap diselimuti malam berhiaskan bintang dan bulan,ataupun gelap gelita tanpa sedikit pun cahaya,cerah seriang,seindah waktu pagi,senja(keriangan bakal mengucapkan selamat tinggal buat si siang demi mengejar si malam,mendung yang disertai guruh dan kilat sambar-menyambar,siang yang panas terik ataupun siang yang sangat menyenangkan..Biar apapun ramalan cuaca kehidupan yang bakal,akan,telah lalui,maka itu adalah kehendakNYA menjadikan ianya seperti itu,,jadi, jangan lah kita menyalahkan takdirnya,andai jiwa dan batin kita  tidak akan menjadi setabah SUMAIYAH,namun,itu bukanlah kayu ukurannya...Namun kita sebagai hambanya maka perlulah kita kembali kepadaNYA..even  di kala senang mahupun susah.. 
       
dalam surah al-insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud,
       
       "sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan
       sesungguhnya di samping kesusahan ada kemudahan"


berdasarkan drpda surah ini,maka benarlah setiap apa yg berlaku pasti akan da hikmahnya,dgn diberikan olehNYA kemudahan,pahala kpd kita,,,

SEKIAN,WASSALAM..

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...