Monday, May 21, 2012

Selamat Datang Rejab

Assalamualaikum..

Cepatnye masa berlalu kn?rsa mcm baru je,puasa..nie dh nak puasa pulak dlm bulan yang penuh dengan barakah..Bulan Ramadhan...Tinggal lagi dua bulan lagi sebelum Ramadhan menjelma..EHEMMMMM!sape yg xganti posa lagi..ganti larr cepat2..Karang terlupa pulak kn...kalau dilambat-lambatkan...
Ok!cite pasal bulan Rejab nie..orang kata jika kita puasa bulan Rejab,sya'ban nie..adalah bulan yang paling elok berpuasa selain puasa sunat hari isnin ngan khamis..So,dgn berpuasa byk2 dlm kedua2 bulan nie,dpt larh TOP UP pahala kn!bukan asyik TOP UP kredit jaaa..heheheheh..ingatan utk diri sendiri jugak! 
sebaik-baiknya,Puasalah pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya iaitu seperti puasa sebulan pahalanya.

 Dalam bulan rejab nie juga dikenali sebagai bulan istighfar..Jadi perbanyakkan lah...istighfar kita...moga2 kita akan beroleh ketenangan...di samping pahala sperti yang dijanjikanNYA..
 Jadi SELAMAT DATANG BULAN YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN DAN BARAKAH..

Nie adalah doa bulan Rejab

Kredit to Farhan Azhari kerana menshareknnnya dr Fb..anis juz sharekn kt sini ja...

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

 sekian

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Friday, May 18, 2012

jatuh cinta vs admire vs suke2 je

ASSALAMUALAIKUM...

Antara ketiga2 frasa nie,agak2nye kn..yang mana satu pilihan hati(mcm lagu saloma dalam cite P.Ramlee,yang mana satu pilihan hati,tidak ku tahu...xingat sudah!heeee...)hurmmm..susah kn...

Bila org ckp psl  someone yg kite admire...msti da byk kn sbb basicnye org 2 hensem larh,cantek lar,ayu larh,muka mcm ex-boboi larh,muka mcm ex-gegirl larh...hahahaah...GATAL!larh 2 kn(xda larrr)...sbb ramai org sllu tukar org yg dya admire,kn!..Bila sebut pasal cinta pulak?hah!mcm mne 2....suke plak!lagi larrr ceq tak tau nk habaq lagu mana....cinta itu anugerah ALLAH..diberinya perasan itu..jika DIA xditiup perasan itu dlm hati,maka biarlah kawan lama2(kwn pown jga batas tau) mana sklipun..tetap x akan hadir perasaan itu..
alangkah bagus jika perasaan itu timbul, kita sukakan seseorang itu kerana ALLAH dan agamanya..ada lagi ke org yg mcm 2????dan yang paling penting sukakan orang 2 apabila dya telah menjadi halal bagi kita.susahkn nk jumpa org mcm 2..Harap2 anis mampu ada ketiga2 perasaan ini kerana agamanya dan ALLAH(yang paling utama)
mesti,kn hamba Allah 2,nk yang solehah mcm dya jugak kn yang soleh.di mana dlm meilih seseorang menjadi teman hidup adalah yang pertama,rupa paras,harta,keturunan dan penentu yang paing penting adalah agama..Tak layak rasanya nk digandingkan dgn orang sebegitu...Namun,sekadar mengimpikan, xsalah kn...Maka,apabila kita menginginkan seseorang yang baik budinya,akhlaknya,agamanya,maka perempuan itu pown perlulah sama2 mencuba untuk menjadi baik juga dr segi akhlaknya,pandangannya,mnjaga kehormatannya,dan agamanya...Sebagai persediaan hendaknya, kan!DAN yang paling penting juga adalah hadirkn perasan itu juga kepada Rasullah S.A.W sebagaimana nabi cinta kan ummat-ummatnya yang mengingatinya dan merinduinya.
seperti mana dlm suatu hadis,bercerita bgaimana suatu hati nabi termenung jauh seperti rindukan seseorang.melihatkan keadaan nabi yang begitu lalu,sahabat bertanya,ya Rasullah,kenapa termenung.Nabi menjawab yang aku rindukan  ikhwan aku.....sedangkan sahabat berada di situ.Siapa ikhwan itu?sedangkan kami sahabatmu berada di sini.Ya,kamu adalah sahabat aku,aku sayang kamu,tapi yang aku rindukan ini adalah ikhwan aku.mereka aku tidak pernah berjumpa,mereka cintakan aku,merindui aku,dan sangat menginginkan untuk berjumpa dgn ku.,,Lihat betapa cinta dan rindunya pada ummatnya yang merinduinya..moga2 kita mampu tergolong dalam ummat yang dirindui Rasullah itu.Sgt bertuah...


Sekian
~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

MOTIVASI diri itu penting!kem akhir PRS

Assalamulaikum..

Selama 11 minggu berada bersama kawan-kawan dalam kelas Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)..akhirnya,tiba ke detik2 akhir kelas akan ditamatkan apabila tiba mggu ke 12..Terasa sayang pulak nak meninggalkan kawan-kawan PRS yang mana ukhwah telah terbina dan dieratkan lagi dengan KEM Akhir PRS di Desa Selesa,Sg Samak.Walaupun kem 2 dijalankan selama 2 hari,tetapi cukup bermakna...Mungkin tempat 2 kurang memuaskan..tapi modul yang diberikan oleh fasilitator2 dan instruktor sangat best..Pesan Instruktor abg Khairudin(ahli kumpulan nasyid Menhajj Upsi),"kamu datang sini seperti botol separuh,maka ilmu yang diperolehi itu akan memnuhkan botol tersebut.tetapi jangan letakkan diri kamu datang ke sini seperti botol yang penuh,maka ilmu yang diperolehi akan melimpah ruah".Jika ilmu itu melimpah ruah sehingga keluar dari botol,maknanya ilmu yang dieprolehi itu tidak akan dapat disimpan dalam ingatan jangka panjang,mungkin jangka pendek sajoh!Maka,memang betollah kata abg khairuddin 2,sememangnya banyak sangat ilmu yang diperoleh masa kem 2..Motivasi pown dapat..."seseorang yang bermotivasi tidak akan mengambil kisah akan perkara-perkara lain jika ditanganya sudah ada matlamat yang jelas ingin mencapai sesuatu"kata-kata terakhir dalam ucapan terakhir abg kudree(instruktoror)...

Dalam kem 2,hari pertama,bermula dengan ice breaking buat kumpulan ikut nama negeri,irama muzik(pop,slow rock,k-pop,rap,irama melayu,nasyid,balada) dan semasa membentuk kumpulan ikut nasib lah dpt sekumpulan ngan sapa...mmg betol ikut nasib xdapat sekumpulan ngan kawan yang rapat dalam kelas,,huhhuhu.. dan pada malamnya sesi persembahan  P.Ramlee dan modul buah oren.
Modul buah oren, ingin menunjukkan pada kita tentang sahabat.sangat tersentuh dengan modul 2..instruktor menyuruh 3 pasangan buddies,datang ke depan dan diebrikan setiap pasangan buddies sebiji oren,dan memakannya..tujuan diberi buah oren itu,nk tengok sejauh mana persahabatan itu,adakah seorang kawan sanggup berkongsi makanan itu dengan kawannya atau tidak.dan dihubungkaitkan dengan cerita Rasullah s.w.a dengan sebiji oren.

Diceritakan pada suatu hari Rasullah mendapat pemberian sebiji oren daripada seorang wanita yahudi.Rasullah pown menerimanya dan memakannya sehingga habis tanpa meninggal seulas sekalipun.Lalu sahabat Rasullah pown bertanya kenapa Rasullah tidak berkongsi buah oren 2 dengan sahabat kerana selalunya apa-apa makanan yang baginda makan akan dikongsikan dengan sahabat-sahabatnya.Setelah makan habis dan berterima kasih kepada wanita yahudi tersebut..Rasullah pown menjawab pertanyaan sahabat baginda,sebenarnya buah oren itu masam dan baginda xnak sahabat baginda merasa betapa masamnya menahan perasaan masam, itu ..Padahal sebenarnya waktu Rasullah makan buah oren tu,riak wajah baginda lansung tidak terkelihatan berkerut masam sekalipun malah riak wajah baginda biasa2 saja seolah2 buah oren tue sedap dan manis.Rasullah berbuat begitu demi untuk menjaga hati wanita yahudi sepuya tidak tersinggung dan demi menjaga sahabat baginda jika mereka memakan buah oren 2,takot tak tertahan masamnya...Begitulah sifat nabi yang sangat mulia seperti Al-Quran...seperti kata-kata Saidatina Aisyah,apabila seorang sahabat bertanyakan sifat rasullah itu bagaiman,maka kata  Saidatina Aisyah,sifat Rasullah itu seperti Al-Quran sangat terpuji.Begitu hebat akhlak Rasullah,,jika nak dibandingkan dengan kita,adakah disaat kita makan makanan yang masam atau pedas,mampu atau tak kita menahan riak wajah kita daripada menunjukkan bahawa makanan itu masa atau x..anis rasa msti tak termampu oleh kita..tetapi Rasullah,blh melakukkannya..hebatkn...Jadi,seharusnya,dalam kehidupan,biarlah Rasullah menjadi model ikutan kita bukan artis yang menjadi model ikutan kita..

 Masa time persembahan pulak,kumpulan anis kna buat persembahan Madu 3,dan anis kena jadi isteri yang ke 3,kne berlakon bersanding dgn Ramlee...MMG MALU gilerr...w/pon pernah berlakon teater,tapi perasan malu 2 tetap xblh dibuang..heheheye lah..kna berlakon bersanding dihadapan 109 peserta n isntruktor,encik Wan,Fasilitator..dah 2 pulak dorang terlupa step..msa time bersanding isteri ke 1 dan 2 kne masuk marah ramlee..sbb kantoi kawen 3...bertambah2x malu lagi larr sbb kena bersanding lama2...

Hari kedua pulak,bermula dengan modul yang ingin meguji sejauh mana ilmu sains seseorang itu.Setiap kumpulan diberi sagu,gula,garam,tepung,benang,cawan polisterin yang berisi ais,...Macam mana nk keluarkan semua ais dalam cawan itu tanpa menggunakan tangan menyentuh ais 2..cuba fikirkan????jwapannya...dgn mnggunakan garam larh...sbb garam 2 dapat melambatkan proses pencairan ais..first,benang diletakkan diatas ais dan garam ditabur diatas ais yang telah diletak benang tue..letak skit2 ja..tggu lama skit..dpt larr angkat ais 2..Tapi malang sekali,kumpulan ONE(kumpulan sya xdapat nk buat cam mne..dh larr campur semua bahan 2,dh macam nak buat ais goreng dah..mcm ABC pown ada..kali kedua cuba buat(tukar ais baru)pown xdpat jugak..hurm..Malang btoll!

Hah!modul nie yang best,Combat!main perang2...dah mcm berperang betol..peluru=belon berisi air nila...mmg mandi air nila larr kalau xdapat nk elak..tugas nye senang,mula2 pancing botol berisi sedikit air dengan kayu ranting dengan cara membelakangkan badan.seorang ketua akn memberikan arahan.Lepas 2,sapai kt checkpoint setrusnya,kne ambik smabut belon berisi air shaja...dan seturusnya ditukar dengan peluru air nila berdasarkan berapa belon yang dapat disambut.Lepas 2,start larr main perang2..3 orang panglima sja yang bleh serang kumpulan lain..raja akan dikira mati jika terkena peluru pihak lawan.maka,rakyat kena lah lindung raja..maka bersungguh2 larh rakyat nk lindung raja takot mati kna peluru panglima pihak lawan..kalau raja mati kena tolak markah..kalau dapt bunuh raja dapat markah..mcm2 taktik peperangan ada..bergabung kerajaan larh..paling kesian raja kena duduk ditengah2 bulatan rakyat yang nk melindungi raja..terkepit2 didalam tue..takot kena serang..
 dan akhir sekali merentas sungai...mmg best!dapat mandi sungai setalah sekian lama xdpat mandi sungai...tp bukan stakat mandi sungai je...Check point 1,kna duduk bersila dalam anak sungai sambil menyanyi lagu Andai Dapat Ku Undurkan Masa,check point ke 2,kna menyambung cerita menjadi berita,Check point ke3 kna menyelam dalam air sambil memeluk pasir sungai mengahrgai bumi dan mendengar bunyi aliran sungai,check point ke4 pulak kne buat istana pasir dengan menyanyi ulat bulu yang punya kaki seribu.dan last sekali kna merentasi bawah pokok tumbang dengan berjalan ketam dam air sungai.Dan selepas 2,kna merentas sungai yang berarus deras...Ya Allah,msa 2,ada suatu masa macam seolah2,kaki tak dapat nak jejak asir sungai..Sgt takot...mmg berpelukn lah ngan kawan2..takot kna hanyut..tapi sekejap je larr..time xleh nk jejak dasar sungai 2(dh xpndai nk berenang)boleh bayangkn ja larh..laps 2..dh ok dah..relaks ja larr mandi air sungai 2..paras pinggang ja(pinggang abg khairudin)..kalau anis(paras perut)atas skit dr pinggang..okeyh,fine,,anis kn rendah n kecik n comel je...heheeheh..

sepanjang perjalan pulak,kitorg setiap kumpulan diarahkan untuk mencari sesutau benda yang dirasakan unik dan akan present time abis merentas sungai 2...

Ape2 pown,kem ini buakan setakat mendapat suatu ilmu ynag baru,tetapi dapat meningkat motivasi diri xspecially motivasi seorang pendidik(bagaimana nk menjadi seorang pendidik yang berkualiti)!yaeh!!moga2 ANIS MAMPU menjadi seorang pendidik yang berkualiti..berkualiti yang macam mane?mampu bentuk seorang pelajar itu menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti..tidak perlu diskriminasi antara pelajar yang pandai dan xpandai ataupon nakal..sebaliknya sma ratakan kasih sayang itu dan ubah pelajar nakal itu menjdai seseorang yang berguna..Tinggalkan sesuatu yang bermakna terhadap pelajar itu supaya kelak dia akan sentiasa mengingati kita.

sekian





~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Thursday, May 17, 2012

Cinta Pada Rasullah

 Assalam...
 
Memetik kata2 hikmah "apa nilainya cinta pada manusia andai kita tidak pernah rindu dan cinta pada Rasullah"....sgt menusuk kalbu,kn??Sejak mendengar perkataan ini,anis baru terfikir,ada kebenarannya.kita sibuk mengejar cinta manusia,tetapi adakah pernah kita sibuk mengejar cinta pada Rasullah?itu menjadi tanda persoalannya?

Semua orang tertanye2 mcm mne kita cinta RASULLAH?jawapannya ada pada hati kita.jika kita benar2 ingin mengenalinya maka kita cuba berbagai cara sekalipun untuk mengenali dan mencintainya.Dari membaca buku sehinggahlah mendengar ceramah 'rindu Rasullah' dan berselawat ke atas nabi junjungan..semuanya akan dilakukan dengan kerelaan hatinya...

Semakin kita membaca cerita tentang Rasullah,semakin bertambah mekar kecintaan kita pada Rasullah s.a.w..Akhlaknya tersangat mulia umpama Al Quran,kata Saidatina Aisyah pabila sahabat bertanya tentang akhlak Rasullah.dan ketika Rasullah berada dalam keadaan sakratul maut,ketika malaikat sedang mencabut nyawa Rasullah,suatu perkataan terkeluar di bibir Rasullah,iaitu Ummati,ummati,suara baginda seakan berbisik dan sebelum itu,baginda berkata kepada sahabat,begitu sakit saat menghadapi sakaratul maut itu,namun nabi berkata biarlah baginda menanggung derita saat dicabut nyawanya tetapi bukan ummatnya,begitu mulianya sifat Rasullah,tersangat besar pengorbanannya...

memetik kta2 dr  buku berjodol Mengenali Rasullah-ada juga di dalam riwayat lain selain Al Qadhi yang meriwayatkan di dalam kitab as-syifa' tentang sifat nabi,,mengatakan bahwa

"sesungguhnya dia tidak menjerik-jerik di pasr dan tidak menyebut perkataan yang tidak senonoh,Aku(ALLAH) hiasinya  dengan semua kecantikan dan aku kurniakan kepadanya semua akhlak yang mulia.Aku menjadikan ketenangan sebagai pakaiannya,kebaikan sebagai syiarnya,takwa sebagai hatinya,hikmah sebagai tutur katanya,berkata benar dan menunauikan janji sebagi tabiatnya.memaaf dan melakukan kebaikan  sebagai akhlaknya,keadilan sebagai sirah hidupnya,kebenaran sebagai syariatnya,petunjuk sebagai imamnya,Islam sebagai jalan hidupnya,Ahmad sebagai namanya.Aku memberikannya petunjuk,yang sebelum itu dia sesat,mengajarnya yang sebelum itu dia jahil,memasyhurkannya,yang sebelum itu dia tidak dikenali,meninggikan darjatnya,yan sebelum itu dia tidak dihiraukan,memperbanyakkan pengikutnya,yang sebelum itu bilangannya sedikit  dan menjadikannya kaya yang sebelum itu  dia miskin.Aku juga menjadikan mereka bersatu  di bawah panji-panjinya,yang sebelum itu berpecah belah ,mempertautkan di antara hati yang berbagai,keinginan yang berbeza-beza dan pelbagai bangsa melaluinya.Aku juga menjadikan umatnya sebagai umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia seluruhnya."

anis nk cite byk2 sgt,anis masih lagi kekurangan ilmu,namun sekadar berkongsi pendapat,insyaALLAH,blh larr...

Di sini terdapat manifestasi filem dari pelajar IPG kampus perlis...sila tekan link di bawah nie...SELAMAT MENONTON

                 [Film] Naskhah Cinta Rasulullah - IPG's First Box    Office Film  

...sama2 menghayatinya..kredit kepda teman sya yang mengsharenye di Facebook.. lyana



~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Wednesday, May 16, 2012

SAHABAT~HATI INI

Assalamualaikum..

Tetiba malam ini..hati ini bergelora..sangattttttt...Ya ALLAH..kenapa hati ini boleh jadi begini..aku pon tak tahu kenapa...bergelora dek terfikir tentang sahabat..sesungguhnya aku terasa sangat2 dgn seorang sahabat..tapi apakan daya untuk aku meluahkan pada dia.mungkin aku perlu berdiam shj..kerna itu jalan terbaik buat hati ini.Terus tersenyum buat mengubati hati ini..dari luarnya sahaja..

Dalam hati ini,hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa bergelora hati ini di saat ini...aku tahu mungkin aku bukan seorang sahabat yang baik..tapi aku akan terus mencuba...terima kasih kepada sahabat ku yang pernah menjadikan diri ini sebagai sahabat dia dan pernah hadir dalam hati ini sebagai sahabat aku. Sesungguhnya aku memohon beribu kemaafan andai diri ini pernah menyakiti hati sahabat...(walaupun bukan nk raya lagi)..dan andai diri ini tidak mampu menjadi seorang sahabat yang baik dan sejati..
mintak maaf dari awal..sbb kita tidak tahu bila takdir kita sekejap lagi ke,keesokkannya ke...semua itu tertulis di luh mahfuz..takdir kita...

memetik karya Ustaz Johari Yaman bertajuk Mengenali Rasullah S.A.W,bercerita tentang peribadi dan akhlak rasullah ,sifat memafkan orang lain.betapa mulianya akhlak Rasullah,bagaimana sifat pemaaf  Rasullah.."perkataan yang di highlight"..

Di dalam kitab Taurat ada menyebut "Untuk memelihara kaum yang buta huruf .kamu adalah hamba dan rasul-Ku.Aku namakan kamu sebagai Al-Mutawakkil(orang yang bertawakal).Dia bukannya seorang yang bersikap kasar,berhati keras dan menjerit-jerit di pasar.Dia tidak membalas kejahatan yang dilakukan  terhadapnya  dengan kejahatan tetapi dia memaaf dan meminta ampun untuk pelakunya.Allah  tidak akan mewafatkannya sehinggalah agama benar  yang diperjuangkan tertegak dan orang ramai menyebut, 'La ilaha ila Alla'(Tiada tuhan melainkan Allah) dab sehingga  Allah membuka mata-mata yang buta,telinga yang tuli dan hati yang terkunci"

maka,biarlah betapa berkali2 orang itu menyakiti hati kita dan hati ini sekali pun,maafkan lah...Mungkin kita tidak mampu untuk mengikut cara Rasullah..tetapi  boleh mencubanya...

Dan  selepas ambik air wuduk..terasa ketenangannya...ALHAMDULILLAH...itulah hikmah ambil air wuduk....

titipan lagu sahabat..Moga sama2 kita menjadi sahabat yang sejati dan baik..



~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Jadual exam...cepatnye nk exam..

Assalamualaikum..

Tidakku menyangka..cepat sungguh msa berlalu...perhhh!dh nk ambik exam final semester 4..sem depan dh sem 5..huhuh cepat betol msa brlalu....rasa mcm budak2 lagi..:P..coz awet muda....hehehehe(perasan) padahal dh 21 tahun...hahahhh.wlaupon dh lama kuar jadual exam...tp bru skrg nk upload dlm blog kn..malas btol nk update blog...almaklum lah pelajar upsi,nie mmg bz..(kata lecturer)perli ke ape 2?hurmmm...







Doakan yang terbaik buat ANIS...moga2 sem nie..first class dekan..amin...
~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...