Selama 11 minggu berada bersama kawan-kawan dalam kelas Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)..akhirnya,tiba ke detik2 akhir kelas akan ditamatkan apabila tiba mggu ke 12..Terasa sayang pulak nak meninggalkan kawan-kawan PRS yang mana ukhwah telah terbina dan dieratkan lagi dengan KEM Akhir PRS di Desa Selesa,Sg Samak.Walaupun kem 2 dijalankan selama 2 hari,tetapi cukup bermakna...Mungkin tempat 2 kurang memuaskan..tapi modul yang diberikan oleh fasilitator2 dan instruktor sangat best..Pesan Instruktor abg Khairudin(ahli kumpulan nasyid Menhajj Upsi),"kamu datang sini seperti botol separuh,maka ilmu yang diperolehi itu akan memnuhkan botol tersebut.tetapi jangan letakkan diri kamu datang ke sini seperti botol yang penuh,maka ilmu yang diperolehi akan melimpah ruah".Jika ilmu itu melimpah ruah sehingga keluar dari botol,maknanya ilmu yang dieprolehi itu tidak akan dapat disimpan dalam ingatan jangka panjang,mungkin jangka pendek sajoh!Maka,memang betollah kata abg khairuddin 2,sememangnya banyak sangat ilmu yang diperoleh masa kem 2..Motivasi pown dapat..."seseorang yang bermotivasi tidak akan mengambil kisah akan perkara-perkara lain jika ditanganya sudah ada matlamat yang jelas ingin mencapai sesuatu"kata-kata terakhir dalam ucapan terakhir abg kudree(instruktoror)...
Dalam kem 2,hari pertama,bermula dengan ice breaking buat kumpulan ikut nama negeri,irama muzik(pop,slow rock,k-pop,rap,irama melayu,nasyid,balada) dan semasa membentuk kumpulan ikut nasib lah dpt sekumpulan ngan sapa...mmg betol ikut nasib xdapat sekumpulan ngan kawan yang rapat dalam kelas,,huhhuhu.. dan pada malamnya sesi persembahan P.Ramlee dan modul buah oren.
Modul buah oren, ingin menunjukkan pada kita tentang sahabat.sangat tersentuh dengan modul 2..instruktor menyuruh 3 pasangan buddies,datang ke depan dan diebrikan setiap pasangan buddies sebiji oren,dan memakannya..tujuan diberi buah oren itu,nk tengok sejauh mana persahabatan itu,adakah seorang kawan sanggup berkongsi makanan itu dengan kawannya atau tidak.dan dihubungkaitkan dengan cerita Rasullah s.w.a dengan sebiji oren.
Diceritakan pada suatu hari Rasullah mendapat pemberian sebiji oren daripada seorang wanita yahudi.Rasullah pown menerimanya dan memakannya sehingga habis tanpa meninggal seulas sekalipun.Lalu sahabat Rasullah pown bertanya kenapa Rasullah tidak berkongsi buah oren 2 dengan sahabat kerana selalunya apa-apa makanan yang baginda makan akan dikongsikan dengan sahabat-sahabatnya.Setelah makan habis dan berterima kasih kepada wanita yahudi tersebut..Rasullah pown menjawab pertanyaan sahabat baginda,sebenarnya buah oren itu masam dan baginda xnak sahabat baginda merasa betapa masamnya menahan perasaan masam, itu ..Padahal sebenarnya waktu Rasullah makan buah oren tu,riak wajah baginda lansung tidak terkelihatan berkerut masam sekalipun malah riak wajah baginda biasa2 saja seolah2 buah oren tue sedap dan manis.Rasullah berbuat begitu demi untuk menjaga hati wanita yahudi sepuya tidak tersinggung dan demi menjaga sahabat baginda jika mereka memakan buah oren 2,takot tak tertahan masamnya...Begitulah sifat nabi yang sangat mulia seperti Al-Quran...seperti kata-kata Saidatina Aisyah,apabila seorang sahabat bertanyakan sifat rasullah itu bagaiman,maka kata Saidatina Aisyah,sifat Rasullah itu seperti Al-Quran sangat terpuji.Begitu hebat akhlak Rasullah,,jika nak dibandingkan dengan kita,adakah disaat kita makan makanan yang masam atau pedas,mampu atau tak kita menahan riak wajah kita daripada menunjukkan bahawa makanan itu masa atau x..anis rasa msti tak termampu oleh kita..tetapi Rasullah,blh melakukkannya..hebatkn...Jadi,seharusnya,dalam kehidupan,biarlah Rasullah menjadi model ikutan kita bukan artis yang menjadi model ikutan kita..
Masa time persembahan pulak,kumpulan anis kna buat persembahan Madu 3,dan anis kena jadi isteri yang ke 3,kne berlakon bersanding dgn Ramlee...MMG MALU gilerr...w/pon pernah berlakon teater,tapi perasan malu 2 tetap xblh dibuang..heheheye lah..kna berlakon bersanding dihadapan 109 peserta n isntruktor,encik Wan,Fasilitator..dah 2 pulak dorang terlupa step..msa time bersanding isteri ke 1 dan 2 kne masuk marah ramlee..sbb kantoi kawen 3...bertambah2x malu lagi larr sbb kena bersanding lama2...
Hari kedua pulak,bermula dengan modul yang ingin meguji sejauh mana ilmu sains seseorang itu.Setiap kumpulan diberi sagu,gula,garam,tepung,benang,cawan polisterin yang berisi ais,...Macam mana nk keluarkan semua ais dalam cawan itu tanpa menggunakan tangan menyentuh ais 2..cuba fikirkan????jwapannya...dgn mnggunakan garam larh...sbb garam 2 dapat melambatkan proses pencairan ais..first,benang diletakkan diatas ais dan garam ditabur diatas ais yang telah diletak benang tue..letak skit2 ja..tggu lama skit..dpt larr angkat ais 2..Tapi malang sekali,kumpulan ONE(kumpulan sya xdapat nk buat cam mne..dh larr campur semua bahan 2,dh macam nak buat ais goreng dah..mcm ABC pown ada..kali kedua cuba buat(tukar ais baru)pown xdpat jugak..hurm..Malang btoll!
Hah!modul nie yang best,Combat!main perang2...dah mcm berperang betol..peluru=belon berisi air nila...mmg mandi air nila larr kalau xdapat nk elak..tugas nye senang,mula2 pancing botol berisi sedikit air dengan kayu ranting dengan cara membelakangkan badan.seorang ketua akn memberikan arahan.Lepas 2,sapai kt checkpoint setrusnya,kne ambik smabut belon berisi air shaja...dan seturusnya ditukar dengan peluru air nila berdasarkan berapa belon yang dapat disambut.Lepas 2,start larr main perang2..3 orang panglima sja yang bleh serang kumpulan lain..raja akan dikira mati jika terkena peluru pihak lawan.maka,rakyat kena lah lindung raja..maka bersungguh2 larh rakyat nk lindung raja takot mati kna peluru panglima pihak lawan..kalau raja mati kena tolak markah..kalau dapt bunuh raja dapat markah..mcm2 taktik peperangan ada..bergabung kerajaan larh..paling kesian raja kena duduk ditengah2 bulatan rakyat yang nk melindungi raja..terkepit2 didalam tue..takot kena serang..
dan akhir sekali merentas sungai...mmg best!dapat mandi sungai setalah sekian lama xdpat mandi sungai...tp bukan stakat mandi sungai je...Check point 1,kna duduk bersila dalam anak sungai sambil menyanyi lagu Andai Dapat Ku Undurkan Masa,check point ke 2,kna menyambung cerita menjadi berita,Check point ke3 kna menyelam dalam air sambil memeluk pasir sungai mengahrgai bumi dan mendengar bunyi aliran sungai,check point ke4 pulak kne buat istana pasir dengan menyanyi ulat bulu yang punya kaki seribu.dan last sekali kna merentasi bawah pokok tumbang dengan berjalan ketam dam air sungai.Dan selepas 2,kna merentas sungai yang berarus deras...Ya Allah,msa 2,ada suatu masa macam seolah2,kaki tak dapat nak jejak asir sungai..Sgt takot...mmg berpelukn lah ngan kawan2..takot kna hanyut..tapi sekejap je larr..time xleh nk jejak dasar sungai 2(dh xpndai nk berenang)boleh bayangkn ja larh..laps 2..dh ok dah..relaks ja larr mandi air sungai 2..paras pinggang ja(pinggang abg khairudin)..kalau anis(paras perut)atas skit dr pinggang..okeyh,fine,,anis kn rendah n kecik n comel je...heheeheh..
sepanjang perjalan pulak,kitorg setiap kumpulan diarahkan untuk mencari sesutau benda yang dirasakan unik dan akan present time abis merentas sungai 2...
Ape2 pown,kem ini buakan setakat mendapat suatu ilmu ynag baru,tetapi dapat meningkat motivasi diri xspecially motivasi seorang pendidik(bagaimana nk menjadi seorang pendidik yang berkualiti)!yaeh!!moga2 ANIS MAMPU menjadi seorang pendidik yang berkualiti..berkualiti yang macam mane?mampu bentuk seorang pelajar itu menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti..tidak perlu diskriminasi antara pelajar yang pandai dan xpandai ataupon nakal..sebaliknya sma ratakan kasih sayang itu dan ubah pelajar nakal itu menjdai seseorang yang berguna..Tinggalkan sesuatu yang bermakna terhadap pelajar itu supaya kelak dia akan sentiasa mengingati kita.
sekian
No comments:
Post a Comment