ASSALAMMUALAIKUM
Pernah tak guna GOOGLE MAPS? anis rasa mesti pernah kan..Paling tak pown pernah terjumpa bila di search google kt internet 2, akan ada result carian google maps..
Tgh dekat2 nk praktikal nie, anis dh mula bz nk cri
sekolah, pas2, bila nk cri sekolah 2, kena lar pulak survey sekolah 2, nk pergi
jalan mana, lalu jalan mana, dekat area mana..nak senang cari.. of course! guna
google maps kn..
FROM A (OUR LOCATION) TO
B (LOCATION WHERE TO GO)…nnty akan ada larr jalannye…siap boleh zoom in
and zoom out lagi..PERGH! HEBAT ARR!…SIAP boleh zoom in pergerakkan kita lagike
tempat yang hendak ditujui lagi.… HURM..Namun apa yang anis nk cerite sebenarnya, hidup kita
juga seperti google maps..OPS!sorie..Hidup kita juga seperti google maps and
GPS, di analogi kan larr…Nak tahu tak kenape? Pernah tak kita terfikir dan
terdetik kat hati..kita sedang diperhatikan?pernah tak? tahu x perkataan ehsan?
Sebenarnya dalam kehidupan kita di google maps ALLAH
melihat segala perbuatan kita,tindak tanduk kita, malah lebih daripada itu.
ALLAH google maps, zoom in hati , perasaan, fikiran, hatta niat, sedang berlaku, masa
hadapan sekalipun yang sememangnya telah ditentukan sejak roh dihembuskan ke
dalam tubuh kita ketika masih dalam kandungan ibu lagi. tp bila di zoom out pulak..terasa seperti kerdilnya diri kita..seperti mana, apabila kita zoom out google maps. tempat yang ditujui.
Sungguh hebat kuasa dan
keagunganNYA kan…bila kita berfikir kita di google maps oleh ALLAH, rasa
seperti betapa kerdilnya kita disisinya, betapa rendahnya ilmu kita jika hendak
dibandingkan dengan ilmuNYA. Justeru kenapa kita perlu takabbur, ego dengan imu
yang kita ada, apa yang kita miliki seperti harta kepandaian kerana keemua yang
ada pada kita juga adalah daripada YA RABB..yang memberikan segala nikmatnya
kepada kita. Oleh yang demikian,kita sebagai hambanya perlu menjalankan
tanggungjawab hakiki kita iaitu mengabdikan diri kepadanya. Anis bukanlah nak
tunjuk pandai dan anis juga bukanlah orang yang pandai dalam bab-bab agama
kerana anis masih lagi belajar dan terus belajar dan cuba mencari,
memahami ilmu-ilmunya. Anis juga
bercakap dan memperingatkan semua orang dan diri sendiri juga kerana, kita bukannya
seperti rasullah yang maksum sifatnya, ada kekurangannya, cacat celanya, perlu
dijernihkan hatinya, perlukan makanan hati setiap hari.
Cumanya anis sekadar nak
menyampaikan kerana sudah termasuk dalam suatu hadis
Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah
bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil
(sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama
ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat
al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
sekali lagi penegasan, post ini
Cuma menzahirkan apa yang terdetik dihati sahaja dan jika ada silap ape2 dalam
post nie, maafkan lah saya,, tegurlah saya,ye..post kt komen..kita sama2
belajar..
Wassalam
~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~