Saturday, February 26, 2011

Sibukkah

Assalamualaikum

Minggu nie dh nak msuk minggu ke-8 sudah!tup tup,tinggal lagi beberapa minggu lagi utk menhabiskn pembelajaran aku di sini..Sepanjang sem ini aku merasakan agak sibuk dan padat masa aku di sini ngan meeting,discussion latihn itu ini..hmmm..ya larr kan umur dh semakin brtambah,sem pun dh brtambah dr sem 1 ke sem 2 skrang nie..maka haruslah aku cuba menyibukkan diri utk mengaut segala pengalaman aku di UPSI nie,akum masih mengingati kata2 senior2 dan penyarah cthnya En.nizammudin,beliau kata klau kita dh jadi mahasiswa nie,cuba segala benda/aktiviti..maka,agak rugi larr kan! klau aku xmngambil kesempatan utk aktifkan diri,,heee,,2 yg agk lama dh tak update blog..dan kekadang aku rasa agak letih akn semua itu..dan apabila difikirkan balik,2 cuma perkara kecil shj.tak lg jd org2 besar mcm MPP tue...hmmm..
                  
 Then,hari nie,first time aku jd MC informal,dua kali plak 2 jd,ptg n pg utk open day KAB,PESTA ILMU 2011.Bagi aku belum pernah aku jadi MC informal just pernah jd MC formal jaah..OK larr..mmg best..first time kn!hahaha..hrp2 esok..akan berjalan lancar..insyaALLAH..Mmg byk program dan aktiviti yg dijlnkn sempena OPEN DAY ini..
SEKIAN

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Friday, February 18, 2011

PRK:pilihan di tangan anda

ASSALAMMUALAIKUM..
  
Salam apresiasi dan salam mahasiswa bitara..


  Tika PRK UPSI,diadakan aku terasa bingung siapa yang aku harus pilih utk PRK nie sbgai pemimpin mahasiswa yang akan memperjuangkan hak2,mslh mahsiswa.Maka,dalam proses membuat keputusan untuk memilih pemimpin yang betul2 berkebolehan adalah sngt penting kerna ia juga melibat kan satu amanah dan amanah i ni sudah pastinya akan dipersoalkan dan ditayangkan semula seperti televisyen di akhirat nanti.

PRK adalah piliharaya kampus dimana aku perlu mngundi untuk CALON UMUM dan CALON FAKULTI.Aku terfikir mcm mna aku nk mengundi mereka sedangkan aku tidak knal mereka..hanya beberapa kerat shj yg aku knal..itupown koz mereka adlh drpda famili debat jugak..sprti  kta kak nora n kak aini(copy and paste ayg dorang)pilih lah mereka brdasarkan keupayaannya,,kita sbgai mahsiswa sdh semestinya blh menganalisis siapa yg mampu/xmampu mnjlnkn tggungjwb dgn baik..mka pilihlah..semuanya terletak ditangan kita..bukan memilih mereka brdasrkan ideologi mereka..
Apa yang aku tahu,calon fakulti aku,FPE(fakulti pengurusan dan ekonomi)hanya seorang sahaja yang mnjdi calon yg brtanding iaitu kak suhaila...
skrang,minggu utk brkempen sudah brmula..maka,kampus ,kolej sudah dipenuhi tampalan2,helaian2,nama2 calon yang aku kira,akan menyebabkan aku rambang mata memilih calon yg terbaik..probably i would have a feeling of sick and tired in those time.. Indeed,i hope it's only  a fantasy of my mind..
dalam memilih pemimpin ada ciri pemimpin yang perlu ada untuk membolehkan seseorang itu betul2 layak menjadi seorang pemimpin yang baik.

Antaranya ialah


Syarat 1-pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat 2-ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat 3- ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Syarat 4- ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:
  1. Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
  2. Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
  3. Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
  4. The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddaththir.
  1. Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
  2. Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
  3. Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
  4. Tinggalkan dosa.
  5. Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.
Pemimpin Mengikut Islam
1. Niat Yang Ikhlas

Apabila menerima suatu tanggung jawab, hendaklah didahului dengan niat sesuai dengan apa yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dengan mengharapkan keredhaan-Nya sahaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan.

2. Lelaki

Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan beruntung kaum yang dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).



3. Tidak Meminta Jabatan
Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, ”Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Berpegang Dan Konsisten Pada Hukum Allah

Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin. Allah berfirman, ”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49). Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka seharusnya dilucutkan daripada jabatannya.



5. Memutuskan Perkara Dengan Adil
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).

6. Senantisa Ada Ketika Diperlukan

Hendaklah selalu membuka pintu untuk setiap pengaduan dan permasalahan rakyat. Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin atau pemerintah yang menutup pintunya terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).

7. Menasihati Rakyat

Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mereka (rakyatnya).”

8. Tidak Menerima Hadiah

Seorang rakyat yang memberikan hadiah kepada seorg pemimpin pasti mempunyai maksud tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati. Oleh karena itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,” Pemberian hadiah kepada pemimpin adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).

9. Mencari Pemimpin Yang Baik

Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau menjadikan seorg khalifah kecuali ada bersama mereka itu golongan pembantu, iaitu pembantu yang menyuruh kepada kebaikan dan mendorongnya kesana, dan pembantu yang menyuruh kepada kemungkaran dan mendorongnya ke sana. Maka orang yang terjaga adalah orang yang dijaga oleh Allah,” (Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).

10. Lemah Lembut

Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yang mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kepada mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya.



11. Tidak Meragukan
Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan merusak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).

12. Terbuka Untuk Menerima Idea & Kritikan

Salah satu prinsip Islam adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara ini adalah platform bagi rakyat untuk memberi idea atau kritikan kepada kerajaan & pemimpin agar sama mengembling tenaga & ijtihad ke arah pembentukan negara yang maju. Saidina Abu Bakar berucap ketika dilantik mnjdi khalifah, beliau menegaskan “..saya berlaku baik, tolonglah saya, dan pabila saya berlaku buruk, betulkan saya..”, manakala Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorg wanita ketika memberi arahan di masjid, dan beliau menerima teguran tersebut.

Akhir sekali,terdapat  tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik oleh Tun Dr. Mahathir:
  • Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
  • Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
  • Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
  • Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
  • Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
  • Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
  • Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
sekian,Wassalam..

                   

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Thursday, February 17, 2011

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH



         Assalmualaikum..
post kali nie msti agk pelikkn msti agk pelik kn!,,hee..nie adlh satu aktiviti yg first nk join memandangkn sejak blogging nie xada lg xtiviti or contest or event yg aku joinkwn aku lah yg tlh menyarankannya, dayah..jadi.aku rsa mcm nk cuba..korang nk cuba kah?cubalah..blh hilangkan kebosanan kejap..


sekian..






~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Tuesday, February 15, 2011

SuCIkan LAH hATi


Segala aspek kehidupan adalah bermula daripada hati.Hati adalah sangat penting kepada semua insan di dunia ini dan setiap manusia memerlukan hati yang bersih kerna hati yang bersih akan dapat mengelakkan diri kita untuk mudah melakukan sesuatu perkara yg buruk...
    kehidupan kita sekarang,lebih menginginkan kita supaya menjaga jasad iaitu luaran semata2..contohnya lar kan,kita  sudah semestinya hendak pakai pakaian yang cantik2 yg harganya mahal2 pergi mna2,kasut pun mstilah nak yang berharga RM100 keatas,dan dgn alat mekap,perhiasan2 dan sebagainya,,,
Namun sama ada kita sedar ataupun tidak, dlm khdupan kita yg pada zaman moden ini lebih mengagungkan utk menjga jasad yang bersifat luaran semata2 dari hati yang  brsifat dlmn,yang tidak boleh dilihat olh mata kasar,..
YA!kita sememnangnya   tidak mampu  untuk menidakkan dan dinafikan akan kepentingan mnjga semua itu..ttpi hati juga perlu utk dijaga maka sbb itulah kita perlu menyeiringkan mnjga kedua2nya dengan memastikan bila aspek jasad dijaga maka sama jugalah  hati juga perlu dijaga rapi,disucikan,dibersihkan...
Oleh sbb itu,ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati yg telah diberikan oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah sbagai panduan untuk kita semua..

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Dalam tips yg diberikan oleh DR fadhilah kamsah ini,beliau tlh menunjukkan betapa hati yang bersih itu perlu dijaga disucikan,dimurnikan dalam kehdupan seharian kita..
sekian

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Monday, February 14, 2011

kU KeHiLanGan

Assalamualaikum..
            Setelah bbrapa minggu aku khilangan satu barang nie,sejak dari sebelum balik kampung,sebelum cuti Tahun Baru Cina,,,Akhirnya cermin mata n kotaknya sekali jumpa jugak,dh larr cermin mata 2,adalah cermin mata yg first pakai,baru buat semester lepas(sem 1)bila msok UPSI,,,agk mahal  larr...sbb aku nie silau thp tinggi,cermin mata 2 blh tahan tebal ..

              stlah 2 minggu lebih,bru dpt balik cermin mata 2..mmg agak risau bila brg 2 hilang,,tp buat relaks jaa..msti jumpak jugak,kn!nk tanye kt pekerja kedai 2,,memang agak xberani..takot akan keciwa,bila cermin mata 2,,xada tercicir kt situ, kt tempat lain..hohoho..mati laar,nk cari kt mana plak..kt dlm bilik pown xada,,dh lar xcakap  kt emak,kata brg 2 hilang..masa time nk hilang 2,aku bawak kotak n cermin mata 2 skli n cermin mata dlm beg sandang,, n den pegi IK COPY utk print something, entah mcn mne blh tercicir kt KEDAI  IKCOPY 2,rsa mcm xbwk keluar masa nk print 2,,hmmm(agk kepelikkan),
        even dh pegi kdai 2 n lalu lalang kedai 2 byk kali,masih xtnye2  lagi psl cermin mata yg tercicir 2,,xpasti..n takottt...BTOL ataupun x, brg 2 hilang n trcicir kt situ..tp skrg xprlu risau sudah..dh jumpa! blh larr pakai balik..x lar prlu tahan mata aku yg tersangat larr pedih bila xpakai cermin mata tika keadaan yg memerlukan,,tambah kt library n mengadap laptop....
Setiap apa2 yg berlaku 2 msti ada pngajran dan hikmahnya biarpun sepahit,semanis mana sekali pun sesuatau peristiwa itu,,sama larr jugak ngan citer aku nie,,msti ada pgjarannya..lepas nie  aku perlu lebih teliti dan berhati-hati,takot2 akan tercicir sekali lagi..hu3..ktakan xnak kehilangan buat kali kedua..


~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

mlm yg akn dihantui olehhh??

Assalamualaikum...
     Sdh beberapa minggu cuab utk tngok citer anime nie,,vampire knight(citer anime yg dh lama punyer),,at last..dpt lar jgak,,hbiskn tgok citer 2..best sgt..++++++++++tngok zero ngan kaname senpai,,hensem2..comey3x,,hahaha(agk gediks)kn!kt kartun pown bleh ckp cam 2...Haish!anis2..vampire knight yg season 2 punyer,memang btol2 mnguji kesabaran untuk tgok citer 2 bg hbis... level of curiousity  mmg trlalu tinggi..tp dpt taw jgak,mcm mne yuki 2 jd vampire..cume pngakhirannyer agk kurang best(pndai larr aku nk komen yerrr)mcm lar aku plak yg jd penulis jln citer dya,,,hu3..citer nie,aku ambik  kt roomate aku ain(promote skit yerr)...smpai pic profile fb letak pic kaname senpai...hahaha...
  tp pew pown..citer tetap best,,,,heee ^_^
~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Friday, February 11, 2011

kEGIgiHaN vs NENEK

Assalamualaikum..

cerita  yg aku nk tulis nie adlh psl seorg nenek nie,,, 2 pun  lepas baca blog AZAM psl seorang nenek yg gagah dan berani...lpas 2 bru aku teringat kisah masa aku bertemu seorang nenek yg SPEAKING BI,,dasyat!..
                                  usia bukan penghalang bagi nenek nie utk berjaya...SUNGGUH gigih..
            
               Ada suatu hari,masa 2,aku ngan ex-roomate matrik aku syuhada(saje nk promote kwn bek)heee...,nk pegi mall kt sungai petani(Centre Square),tetiba ada lar seorang nenek nie,tahan teksi yg kitaorg naik...n den dya naik lar sekali ngan kitaorg...masa pak cik teksi 2 tnya nenek 2 nk pegi mana,,,nenek 2 speaking BI balik ngan pak cik 2..msa 2,WOW!hbat nenek nih..  aku agak trkejut larr..pandai nenek nie speaking BI(monolog aku dlm hati)even tgok nenek 2,umur dya lbih kurang dh 7o ke atas..masa nenek 2 speaking BI,pak cik teksi 2 pun,agk terkejur jugak larr..mana taknya,,tiba2 jaaah..ada org speaking BI kt dya...mna ada org yg ckp BI,msa nk nak teksi dya,,hu3..agk terpinga2 dya msa 2..
            
wlaupun dh jd veteran,still lg mampoo n yakin jaa speaking BI...kitaorg just senyap ajaa dlm teksi 2..dgr nenek 2 ceritera in BI,mcm mana dya boleh blajar n minat nk blajar BI..rupa2nya dya asal dr SINGAPURA..dtg kt SP nie,nk duduk kt rmh anak dya..n den dya prnah melancong byk ngra...tp nenek 2 kta dlu dya,xpandai ckap BI,tp disbbkan msa dya melancong dlu,ada satu prktaan yg dya xpham dan tersalah pham..dya rse malu..n den trus semangat belajar ckp BI...GIGIH btol!kagum aku mendgrnyer..n sambil2  tue nenek 2 pesan jgak kt kitaorg spy blajar2 rajin2 especially BI...
      lpas 2 plak,dya memang berani sgt2!!coz,nenek 2 nk pegi pjbat pos nk byr bil2 kt anak dya..tp dya xtaw jln nk pegi pejabt pos 2,tp tetap nk pegi pejabat pos 2,,sungguh berani kan!..nseb bek lar,nek teksi...kalau x,..xtaw lar nk jd apew ngan nenek 2..ye lar kot2 tersesat kew,smpai xtaw  nk blik rmh plak...hurmmm

 lpas drpd hari 2,aku bru,brfikir balik,knape nenek 2,blh ckp BI smpai mcm 2..korang rase sbb apew?

sbb...nenek 2..BERSUNGGUH2 utk mendapatkan sesuatu yg dya hendak, like dya nk pegi byr bil n bljar ckp BI tue,,kerna itu dya mampu memperolehinya..masakan,,klau kita brcita2 berkehendakkan sesuatu,xkan,tanpa2 brbuat apa2,trus jaah blh capi cita2 kita itu..mana blh mcm 2..

         kalau difikirkan,kita nk mkn nasi pown kna berusaha bersungguh2 utk bangun,cari mknan kt dpur  atau..kt kedai mkn,n den suapkn ke dlm mulut.LIHAT!nk mkn nasi pown kena berusaha utk mndptknnyer dgn brsungguh2..even nk mkn nasi 2 adlh keje yg simple,,tp klau kita nk mkn nasi,xmahu/mlz nk berusaha menyuapkn nasi ke dlm mulut kita,,,x blh jugak kita nk mkn nasi 2..at last, siapa yg rugi,,kita jugak kn!...hu3...  kesian kt jasad kita yg lapar...
        
maka sebab itulah kita sntisa berusaha brsungguh utk mndptn sesuatu..tp dlm citer nenek 2,,sama lar jugak,,,dya cuba berusaha utk pegi ke pejbat pos n dya nk pndai ckp BI kerna xmahu malu sprti dlu lagi n tersesat smpai xdpt settle kan bil untuk ank dya,,walaupon xtahu nk pegi ke pajabat pos 2..tp at last,dpt jugak dya pegi,dgn naik teksi..OK!apa,kan!drpd dya duduk saje kt tepi jln kt stesen bas,,xmhu tahan kereta/teksi/bas sklipown..mcm mna dya dpt smpai kt pejabat pos..klau cam 2,smpai bila2 lar dya xdpt pegi..kesian kt nenek 2.n klau dya xcuba+berusaha blajar BI smpai jd fluent bila ckp,,,rsanya smpai skrg dya xboleh ckp mcm 2...

 SCHILLER ada mngungkap kn bhwa,


sesiapa yang hendak mengerjakan sesuatu yg besar
harus bersungguh-sungguh berusaha,
dapat membeza dengan tajam,
memerhatikan dari segenap penjuru,
serta
dalam mempelajarinya berkeras&berkemahuan
yang tidak dapat dipatahkan

sememangnya ckop terbukti brdasarkn kata2 oleh SCHILLER nie,setiap apa yg kita mahu memrlukan usaha yg bersungguh2 utk mencapainya...xmampo utk kita hndak menyangkalnya lagi..
coz kerna itulah,, biar apa skli pun cita2/prkara yg kita ingin lakukn,kita kena brusaha
 n brsungguh utk
      menggapainya...

     
  sekian,wassalam
        
    
  


~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...