Showing posts with label ilmu berguna. Show all posts
Showing posts with label ilmu berguna. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

SuCIkan LAH hATi


Segala aspek kehidupan adalah bermula daripada hati.Hati adalah sangat penting kepada semua insan di dunia ini dan setiap manusia memerlukan hati yang bersih kerna hati yang bersih akan dapat mengelakkan diri kita untuk mudah melakukan sesuatu perkara yg buruk...
    kehidupan kita sekarang,lebih menginginkan kita supaya menjaga jasad iaitu luaran semata2..contohnya lar kan,kita  sudah semestinya hendak pakai pakaian yang cantik2 yg harganya mahal2 pergi mna2,kasut pun mstilah nak yang berharga RM100 keatas,dan dgn alat mekap,perhiasan2 dan sebagainya,,,
Namun sama ada kita sedar ataupun tidak, dlm khdupan kita yg pada zaman moden ini lebih mengagungkan utk menjga jasad yang bersifat luaran semata2 dari hati yang  brsifat dlmn,yang tidak boleh dilihat olh mata kasar,..
YA!kita sememnangnya   tidak mampu  untuk menidakkan dan dinafikan akan kepentingan mnjga semua itu..ttpi hati juga perlu utk dijaga maka sbb itulah kita perlu menyeiringkan mnjga kedua2nya dengan memastikan bila aspek jasad dijaga maka sama jugalah  hati juga perlu dijaga rapi,disucikan,dibersihkan...
Oleh sbb itu,ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati yg telah diberikan oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah sbagai panduan untuk kita semua..

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Dalam tips yg diberikan oleh DR fadhilah kamsah ini,beliau tlh menunjukkan betapa hati yang bersih itu perlu dijaga disucikan,dimurnikan dalam kehdupan seharian kita..
sekian

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Monday, January 24, 2011

PENGORBANAN

 Assalamualaikum..
ada kisah,yg aku baca..kisah 2,sngat membuatkan hati aku tersentuh betapa besarnya pengorbanan ibu kita..dan tika aku  membaca citer nie,aku sedang mengelamun,berfikir tntang mak aku..rindu sgt3..

 Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
  •  Bayi  itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”  
  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di  Bumi  banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah  Kamu  khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.  Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
begitulah,besarnyer pengorbanan ibu kita,terhadap anaknya..tidak mampu utk kita  terbalas rasanya,,walaupown mungkin,ada owg yg ibunya tidak dpt menjaganya dr kecil sehinggalah dewasa,namun jasa dan pengorbanan ibu utk melahirkan insan ke bumi ciptaan ilahi ini,menyebabkan ibu kita rela membawa,menjaga kandungannya selama 9 bulan 10 hari,biarpown ckup tarikh bulan kita dilahirkan itu ataupown tak,itu bukan persoalannya,persoalannya adalah..jasa ibu kita itu,
dptkah kita membayarnya?
dptkah kita menghargainya?
adakah kita menyedarinya?
haraplah sgt,walaupown kita tidak mungkin mampu membalas jasa ibu kita itu,tetapi sekadar berbuat baik dengannya itu sudah mencukupi utk menunujukkan kepada ibu kita biar apa pown panggilan kepadanya(ibu,mak,ummi,mama,mummy),dirinya amat kita sayangi dan hargai..
sekian

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...