Tuesday, February 15, 2011

SuCIkan LAH hATi


Segala aspek kehidupan adalah bermula daripada hati.Hati adalah sangat penting kepada semua insan di dunia ini dan setiap manusia memerlukan hati yang bersih kerna hati yang bersih akan dapat mengelakkan diri kita untuk mudah melakukan sesuatu perkara yg buruk...
    kehidupan kita sekarang,lebih menginginkan kita supaya menjaga jasad iaitu luaran semata2..contohnya lar kan,kita  sudah semestinya hendak pakai pakaian yang cantik2 yg harganya mahal2 pergi mna2,kasut pun mstilah nak yang berharga RM100 keatas,dan dgn alat mekap,perhiasan2 dan sebagainya,,,
Namun sama ada kita sedar ataupun tidak, dlm khdupan kita yg pada zaman moden ini lebih mengagungkan utk menjga jasad yang bersifat luaran semata2 dari hati yang  brsifat dlmn,yang tidak boleh dilihat olh mata kasar,..
YA!kita sememnangnya   tidak mampu  untuk menidakkan dan dinafikan akan kepentingan mnjga semua itu..ttpi hati juga perlu utk dijaga maka sbb itulah kita perlu menyeiringkan mnjga kedua2nya dengan memastikan bila aspek jasad dijaga maka sama jugalah  hati juga perlu dijaga rapi,disucikan,dibersihkan...
Oleh sbb itu,ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati yg telah diberikan oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah sbagai panduan untuk kita semua..

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Dalam tips yg diberikan oleh DR fadhilah kamsah ini,beliau tlh menunjukkan betapa hati yang bersih itu perlu dijaga disucikan,dimurnikan dalam kehdupan seharian kita..
sekian

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...