Wednesday, August 31, 2016

NEW LIFE IN SARAWAK

Assalamualaikum

Bertemu kembali kita di ruangan blog. Terasa kaku jari-jemari setelah lama menyepikan diri dari biadang penulisan blog ni. Setelah hampir 2 tahun sunyi tanpa nota-nota indah akhirnya kembali. Itu pun selepas saya godek2 seorang penulis blog yang comel. 

Inilah kehidpuan saya setalah bergraduasi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, akhirnya diposting di Sarawak sebagai guru vokasional di bawah Bahagian Teknik dan Vokasional. Pada tarikh 15 Ogos 2016 setelah kami semua berkumpul di Hotel Pearl International Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat bagi guru yang akan dipostingkan ke Sabah dan Sarawak.
Pada tarikh 16 Ogos 2016 pertama kali saya menjejakkan kakik di Lapangan Terbang Sibu Sarawak dan terus dibawa ke Kolej Vokasional Sibu. Alhamdulillah cikgu-cikgu dan kerani-kerani di sini sangat baik. Namun satu saja, of couse makanan di Sarawak amat mahal dari semenanjung dan xkena dengan tekak orang Kedah ni. Jadinya kalau sesiapa yang suka makan pedas lebih baik masak sendiri lar. Nak berjumpa kedai makan yang ok, kena try2 lar pegi kedai2 nie. Tapi bayar mahal kalau xsedap mmg xakan pergi lagi lar kedai too. Sibu nie macam bandar semua ada, tinggal sebut je. kalau agak makanan xkena dengan tekak, mmg KFC, SUGARBUN je lar yang selalu pergi. Kalau kedai makanan yang sedap mmg kena tggu malam lar baru buka. 

Tapi alhamdulillah setelah 2 tahun menunggu untuk dipostingkan tercapai juga. Cumanya sistem BPTV ni berlainan dengan sistem sekolah menengah biasa yang berada di bawah JPN. Jadinya sebelum masuk mengajar kena memahami dahulu sistem BPTV  dan matlamat Kole Vokasional ini adalah untuk melahirkan tenaga pekerja yang mempunyai kemahiran. Sekian. Bersambung di next post, ok!


Gambar kawan-kawan yang sama2 posting di KV SIBU SARAWAK. Gambar ni masa kami semua berkumpul di Dataran Sibu untuk Sambutan Kibarkan Jalur Gemilang.




Saja2 selfie sebelum pergi sekolah.









~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Sunday, June 1, 2014

PERUBAHAN YANG MANIS ITU SUKAR

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim...

Lepas tgok citer kt YOUTUBE tajuknye COUPLE lakonan Heliza Helmi..serius tersentuh...n dgr lagu LA TAHZAN Official video (malaysia), pengalaman penghijrahan Diana Amir...begitu tersentuh hati ini..mcm 2 tgok Youtube hr ini..ye lar.. study week lar ktakan...bknnye studi sgt..astaghfirullahalazim...byk msa dibazir mc tue ja..

Hurmmm.....da lar jgk studi sikit....Alhamdulillah sem nie, dpt dikelilingi oleh sahabat2 yang baik..Banyak juga dpt ilmu..Ya lar..ilmu Allah itu sangat luas...tak rugi kita mencari ilmu dan satu lagi xrugi kita memahami ilmu. Bacalah doa nie Allahumma Fakkihni Fiddin..InsyaAllah untuk kefahaman ilmu agama..

sesungguhnya proses perubahan untuk menjadi seseorang yang lebih baik itu sangat sukar..memerlukan kekuatan, keberanian, dan kesabaran dan yang paling penting keikhlasan kerana Allah.. Umur semakin meningkat, takkan kita hendak berada di tokok lama?bukan tu ja, mati boleh datang bila-bila ja, mungkin sekejap lagi, mungkin esok, lusa, jadi adakah kita betul2 bersedia untuk menghadapinya. Soalan tue, susah sangat nk jawab..kn? Jadi kita wat lah Solat Taubat.Solat taubat nie tak semestinya dibuat apabila kita wat salah ja.Tapi kita boleh amalkan buat solat taubat..sebab apa?solat taubat kan boleh hapuskan dosa2 kita..ya lar, dalam urusan seharian kita, kita pernah wat dosa ataupun tidak?kn..
jadi, amalkan..

Sekian

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Wednesday, May 28, 2014

NIKMAT YANG PERLU DIHARGAI

Assalamualaikum...



Kali nie nk post pasal nikmat yang dianugerahkan kepada kita. Pernah tak ada diantara kita yang mengucapkan Alhamdulillah setiap kali terlihat sesuatu yang indah, atau baru bangun pagi..Ada tak?
msti payah nk jumpa org yg mcm 2..kan??kalau saya..pon lebih kurang sama jgk..kekadang teringat sebut lar..kekdang2..hurm....

Ya Allah.. serius, semalam, msa dok tgh mengadap laptop, mata pedih sangat2x.berair2 dah mata..mcam menangis..ye lar kan DYMM Sultan Azlan Shah kan baru mangkat..haruslah bersedih..saya kan dh jd orang perak bila mai tg malim nie.Okeyh, pokoknya, saya terpaksa lar pakai spect kejap...dh pedih mata sgt kan..

Ya Allah bila pkai spect, rsa mcm xnk pakai dh spec...rsa nk tanggal je spec 2..
XSUKA3X..Hurm, bila pakai spec mula lar muhasabah diri..bila mata kita dh sihat, xrabun, xsaket apa..xnk bersukur, tp bila Allah beri ujian, tarik nikmat2 skit, jd rabun, silau, baru nk berungut saket mata, susah lar pakai mata kedua nie(spec)...2 lar dlu tak nak bersyukur..

Apa2 pon, setiap apa yang kita miliki kena bersyukur,walaupun kekadang, apa yang kita miliki tidak sehebat apa yang orang lain miliki setidak-tidaknya kita tak lar, tidak memiliki apa2 lansung..Acehhh..apa ckp nie...keliru plak kn..maksudnya, 
Analogi yang mudah : kalau kita memiliki kasut selipar sepatutnya kita menyukuri kita dapat pakai kasut itu walaupun selipar saja daripada kita tak ada lansung kasut untuk dipakai tetapi jangan pula mengidamkan kasut jenama Michael Korr ke apa ke kn...sekadar apa yang termampu.

okeyh..salah satu sunnah nabi Muhammad SAW adalah hati yang sentiasa bersyukur, jadi banyakkan bersyukur.Okeyh!

Aduh..pedih mata~nangis ditengah malam.hahaha..setahun Allah bagi kesihatan pada mata tapi kenapa nak berungut saket plak bila Allah berikan saket yang cuma seketika tak smpai sehari. Bersangka baik pada Allah, maka Allah akan bersangka baik pada kita.itu janjiNYA.

Sekian


~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Thursday, May 15, 2014

Jatuh Cinta-ME!Seriusly!

Assalamualaikum...


Wajah selepas jd guru praktikal, weee..Wajah Sem last...hehehe..tak mcm senior pon kn!awet muda..hehehe (putihnyer!) okeyh! guna camera 360~patot lar kn!

eh!Lupa nak kenalkan-tudung biru-Me, tudung merah-frenz of mine (ain)-noted**not important pon..hehe

Di tengah kesibukkan dalam semester akhir menyiapkan tesis, ujian yang datang menguji iman kita.
Sememangnya lumrah manusia menginginkan untuk dikasihi disayangi. Sekian lama hati, tak dibukakan untuk sesiapa. tetiba Cinta datang menjengah hati ini. Sunggoh!pelbagai rasa ada. Ya Allah sunggoh di sebalik kebahagiaan ada ujian dan di sebalik kesedihan adalah ujianNYA juga.

~Takziah pada keluarga sahabat Mardiana Hafizah Bt Muhammad Hafizi (kawan matrik), atas pemergian adikknya semalam 14/5/2014. Masih bersedih dan rindu bertamu di hatinya.Semoga Roh adiknya dicucuri rahmat Allah. Melihat pos dya rasa sedih pilu sgt...Saya pernah merasa juga pernah kehilangan namun, kehilangan adik yang tercinta tak mampu digambarkan kata-kata. Semoga Mardiana tabah menghadapinya.

sekian

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Thursday, May 16, 2013

AKU TAK KUAT

ASSALAMUALAIKUM..


Post kali nie, anis tak tahu nak cerita ape..sbb kepala dh berserabut sgt..dh assgnmnt..konflik lagi.. Ya ALLAH ampunkan aku..
sungguh kau tak berdaya menghadapi dugaan nie..hakikat luaran,mmg orang tgok anis dpt mengatur sgalanya dengan baik SEM 6..nie..
tapi hakikat dalaman, ALLAH saja yang tahu..Nama saja belajar management..tapi??entahlah!
 
SEM 6 ni lah paling berserabut/ bizi bagi aku..Mungkin kerana dosa-dosa anis yang lalu..menjadikan ujian ini adalah sebagai penghapus dosa supaya sentiasa beringat..sediakan payung sebelum hujan...
Sungguh anis xkuat menghadapinya.
Walaupun sebelum ini, berbagai-bagai dugaan yang membuatkan anis jatuh tersungkur, tapi tetap kuat.
Tapi kenapa kali ini, anis rasa seperti tak kuat pulak.
Tapi(banyak pulak tapinya) masalah tetap perlu dihadapi xkisah sebesar mana masalah itu,biar sebesar lautan, sebesar cakerawala, sebesar langit, dunia, alam semesta (perbandingan melampau betol!).
 Komitmen + latihan teater + assnmnt +tesis +tanggungjawab (jwtn) + masalah...Jangan pernah menyalahkan takdir...tve thinking..ALLAH KNOWS EVERYTHING..SEGALANYA ada hikmah nya.Namun mungkin tak tertelan menghadapinya seblum hikmahNYA datang menjengah. 
 
 

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Wednesday, March 20, 2013

kata-kata indah

ASSALAMUALAIKUM
 
 

Ya ALLAH,
Andai suatu hari hati ini
bertemu pemiliknya selepas cintaMU dan cinta RasulMU

Biarlah dia  imamku dalam solatku
Yang mentarbiyah dan menfakihkan hatiku dengan ilmuMU

 akad nikah mematri cinta kami ke syurgaMU
 murabbi anugerahMU  untuk agamaMU

Sungguh berkalang jiwa pemisah al-jannah al-a’jilah kami
Andai itu jodoh tertulis di sana


sekian
NUKILAN : ARENYSS

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Tuesday, March 19, 2013

GOOGLE MAPS & GPS ALLAH


ASSALAMMUALAIKUM


 
Pernah tak guna GOOGLE MAPS? anis rasa mesti pernah kan..Paling tak pown pernah terjumpa bila di search google kt internet 2, akan ada result carian google maps..
Tgh dekat2 nk praktikal nie, anis dh mula bz nk cri sekolah, pas2, bila nk cri sekolah 2, kena lar pulak survey sekolah 2, nk pergi jalan mana, lalu jalan mana, dekat area mana..nak senang cari.. of course! guna google maps kn..
FROM A (OUR LOCATION) TO   B (LOCATION WHERE TO GO)…nnty akan ada larr jalannye…siap boleh zoom in and zoom out lagi..PERGH! HEBAT ARR!…SIAP boleh zoom in pergerakkan kita lagike tempat yang hendak ditujui lagi.… HURM..Namun apa  yang anis nk cerite sebenarnya, hidup kita juga seperti google maps..OPS!sorie..Hidup kita juga seperti google maps and GPS, di analogi kan larr…Nak tahu tak kenape? Pernah tak kita terfikir dan terdetik kat hati..kita sedang diperhatikan?pernah tak? tahu x perkataan ehsan?
Sebenarnya dalam kehidupan kita di google maps ALLAH melihat segala perbuatan kita,tindak tanduk kita, malah lebih daripada itu. ALLAH google maps, zoom in hati , perasaan, fikiran, hatta niat, sedang berlaku, masa hadapan sekalipun yang sememangnya telah ditentukan sejak roh dihembuskan ke dalam tubuh kita ketika masih dalam kandungan ibu lagi. tp bila di zoom out pulak..terasa seperti kerdilnya diri kita..seperti mana, apabila kita zoom out google maps. tempat yang ditujui.
 
Sungguh hebat kuasa dan keagunganNYA kan…bila kita berfikir kita di google maps oleh ALLAH, rasa seperti betapa kerdilnya kita disisinya, betapa rendahnya ilmu kita jika hendak dibandingkan dengan ilmuNYA. Justeru kenapa kita perlu takabbur, ego dengan imu yang kita ada, apa yang kita miliki seperti harta kepandaian kerana keemua yang ada pada kita juga adalah daripada YA RABB..yang memberikan segala nikmatnya kepada kita. Oleh yang demikian,kita sebagai hambanya perlu menjalankan tanggungjawab hakiki kita iaitu mengabdikan diri kepadanya. Anis bukanlah nak tunjuk pandai dan anis juga bukanlah orang yang pandai dalam bab-bab agama kerana anis masih lagi belajar dan terus belajar dan cuba mencari, memahami  ilmu-ilmunya. Anis juga bercakap dan memperingatkan semua orang dan diri sendiri juga kerana, kita bukannya seperti rasullah yang maksum sifatnya, ada kekurangannya, cacat celanya, perlu dijernihkan hatinya, perlukan makanan hati setiap hari.
 Cumanya anis sekadar nak menyampaikan kerana sudah termasuk dalam suatu hadis
Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
sekali lagi penegasan, post ini Cuma menzahirkan apa yang terdetik dihati sahaja dan jika ada silap ape2 dalam post nie, maafkan lah saya,, tegurlah saya,ye..post kt komen..kita sama2 belajar..

Wassalam

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Wednesday, March 13, 2013

BB1M..yang bermakna

ASSALAMUALAIKUM..




Hurmmm....post kali ini, anis nk cerita pasal buku lagi...Dalam kesibukkan masuk sem dengan assignment n program..Alhamdulillah sempat jugak baca buku nie... SIAPA ALLAH DIHATIMU? tulisan IBNU RIJAL baru belilarh katakan.. dan semestinya guna Baucar BR1M...hehehe...

Buku nie menceritakan tentang segala nikmat kuniaanNYA yang diberikan kepada kita samada sesorang itu kafir,musyrik mahupun seorang yang taat kepadanya. Diberikan analogi sebagai pembandingan segala kasih sayang ALLAH dengan kasih sayang manusia yang pada asalnya DIA juga yang menerbitkan hati manusia itu untuk menyayangi orang itu. Masa baca buku nie, bab awal2..memang mcm baca buku biasa tapi bila dh dekat nak habis baca.. SANGAT TERSENTUH DENGAN PENULISAN IBNU RIJAL nie..Seriously...

Diceritakan bagaimana kisah Al-Kiflu,orang kaya raya dari golongan Bani Israel yang melakukan maksiat sepanjang hidupnya dan semua jenis maksiat pernah dilakukannya, namun disebabkan seorang wanita yang begitu taat dengan Allah, yang pada asalnya rela hati untuk menyerahkan tubuhnya kepada si lelaki kaya ini dengan hasrat demi mendapatkan wang untuk keluarganya yang sememangnya terdesak memerlukan wang kerana ditimpa suatu musibah,lalu disaat pada malam hari sebelum wanita itu menyerahkan tubuhnya, wanita itu menangis..Lelaki tadi menjadi pelik dengan tangisan wanita tersebut kerana wanita tersebut yang rela hati melayannya, Lalu,al kiflu bertanya kepada wanita tersebut,

"Mengapa dikau menangis?Adakah aku yang memaksa dikau menyerahkan tubuhmu?"
wanita itu menangis dan terus menangis.. Al Kiflu semakin berang dengan menyatkan bahawa dia sama sekali tidak memaksa atau berniat merogol wanita itu tetapi sudah ada perjanjian terlebih dahulu dan wanita itu bersetuju.

Soal Al-Kifli "Adakah engkau takut kepadakua hingga engkau menangis begini"

dalam keadaan yang terketar2. wanita itu menjawab "Demi ALLAH. Tiada aku takut kepadamu. Demi ALLAH, jika bukan kerana keluargaku sangat memerlukan wang, aku pasti tidak akan melakukan perkara jijik ini"

hati Al Kiflu terus tersentuh dan berkata

"Pada saat engkau susah begini, engkau masih takut kepada ALLAH SWT? Engkau masih patuh kepadaNYA? Engkau yang diuji dengan musibah begini masih taat pada ALLAH SWT, sedangkan akau ini yang diberikan kekayaan dan segala apa yang aku mahu di bumi ini, tidak sekali-kali peduli kepadaNYA. Demi ALLAH,akau tidak mahu melakukan perkara seperti ini lagi".

hatinya terusik lalu pada malam itu, dan terus melakukan Taubat Nasuha dan meninggal malam itu juga. Kisah ini disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW lebih dari tujuh kali.

Lalu, Al Kiflu memberikan wanita itu wang sebagai hadiah (bukan hutang) dan menyuruh wanita itu pulang ke rumah dan Al Kiflu  menyesali segala perbuatannya dan melakukan taubat nasuha dan meninggal pada malam itu juga. Sabda Rasullah SAW "Al Kiflu fil jannah". Al Kiflu dimasukkan ke syurga keran ALLAH SWT telah mengampuni segala dosanya samada yang kecil mahupun besar.

sepertimana dalam riwayat AT-TARMIZI yang menunjukkan betapa ALLAH itu maha pengasih dan penyayang terhadap manusia namun samada manusia itu membalas kasih sayang itu atau pun tidak, DIA tetap memberikan segalanya NIKMAT dan keampunan...

"Daripada Anas RA., dia mendengar Rasullah SAW bersabda, " ALLAH SWT telah berfirman (maksudnya),hai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana engkau menyeru namaKU dan berharap kepadaKU akan AKU ampunimu. Apa pun keadaanmu dan AKU tidak peduli. Hai anak Adam! Seandainya dosamu menceah langit, kemudian engkau memohon ampun akan AKU ampunkan dan AKU tidak peduli. Hai anak Adam! Sekiranya engkau datang kepadaKU dengan dosa sebesar bumi, kemudian engkau menemuiKU dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan AKU dengan sesuatu, AKU akan mendatangimu dengan keampunan sebesar bumi juga!"

Berdasrkan kisah nie, dan  riwayat AT-TARMIZI, memang sangat tersentuh... Cubalah korang baca.. InsyaALLAH...moga sama2 anis dan sesiapa sahaja yang membacanya cuba untuk mencari dan mendapat cintaNYA dan menjadi hamba.. dan pencintanya dan semoga buku ini dapat memdidik hati yang pada asalnya bocor namun dapat ditampal kebocoran itu dengan iman kepadaNYA.

WALLAHUALAM BISSOWA..

sekian.


~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Sunday, February 24, 2013

HILANG??

Assalamualaikum..


                                                                  ~Sekadar hiasan~

ya ALLAH!..mana pulak purse aku nie!..haish..puas mencari..jantung dh berdebar2 dh nie..tp xda lar kuat sengat berdebarnya. 50 % tenang 50 % berdebar-debar. Pas 2..baru teringat...Rupanye tertinggal kt kafe kt kolej...

masa 2, cuma first ingat Bismillah hi tawakkal tuallah..moga2..berharap sgt pertolongn Allah untuk kirimkn sesorang untuk simpankan purse 2..Innalilillahhirajiun..Nie adalah ujian bg ku..Byk giler benda2 penting dlm 2..ic,kad bank,borang lesen..hilang duit! xda larr nk risau sgt..CEHH!bajet,byk duit,kn..hehhehe

Punyer larr kalut siap2 nk g kafe nk tgok purse 2 ada ke tak lagi kt situ.... Alhamdulillah..mak cik cashier tolong simpankan..FUHH!.SELAMAT.. Apa yangg penting kat sini, anis cuma nk cakap jika pergantungan kita padaNYA kekal utuh walaupun adalam apa keadaan, pasti kita tak akan kecewa seperti yang telah disebutkan dalam terjemahan ayat 1000 dinar.

 “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”


~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Saturday, February 16, 2013

PENCUTI TEGAR

Assalamualaikum...

 
Esok bakal menjengah. Hari-hari yang dilalui sebagai seorang PENCUTI TEGAR dah berakhir sebab esok akan bermulalah  hari berkuliah sebagai seorang mahasiswi UPSI.
 
 Dengan umur yang menginjak,hopefully semakin matang dalam kehidupan dan begitu juga semakin matang tentang kefahaman islam itu sendiri. Sepanjang cuti, sempat juga menghabiskan 2 buah buku. Buku Motivasi SEBELUM AKU BERNIKAH by Hilal Asyraf  dan novel english Going La La by Elexander Peter.
 
 Best sangat buku2 nie. Setiap buku nie ada nilai2 yang ingin disampaikannya. Tapi anis amat tertarik sekali dengan SEBELUM AKU BERNIKAH. Walaupun bukanya lebih berceritakan tentang pengalaman dan definisi cinta seorang penulis(Hilal Asyraf) tapi cukup untuk membuatkan paradigma minda kita terbuka untuk mendefinisikan makna cinta itu.
 
 Bukan dengan memaknakan cinta itu berlandaskan  realiti cinta sekarang dan nafsu namun melalui pembacaan buku ini dapat membuka mata hati untuk berfikir tentang fitrah dan islam yang sebenarnya bukan untuk menyempitkan dan menyekat fitrah manusia yang ingin dicintai dan mencintai malah menggalakkan namun masih lagi dengan batasannya. 
 
Cukup untuk kita memahami dan membina sebuah wajah cinta baru yang matang, berdisiplin,luasnya tidak menghanyutkan, dan prinsipnya pula tidak disempitkan.
 
Perkara yang paling merubah definisi cinta di dalam buku ini  adalah  Sekiranya benar-benar cinta, mahu bersamanya ke syurga. Segala perkara yang membawa ke neraka itu bukan cinta.

p/s : dan di dalam post yang sebelum ini juga adalah berkisarkan tentang isi di dalam buku ni.



Sekian.



~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Thursday, February 14, 2013

ERTI CINTA

ASSALAMUALAIKUM....
 
 
                                                                    ~sekadar hiasan~
 
 
Hari nie valentine's day kn...HARAM taw!
menyambutnya..rasa sume dh tahu kn..
ape2 pown post kali nie bukan pasal valentine's day..
tp ada kaitannnye juga dengan kenapa semua orang kt dunia suka sgt sambut Valentine's day...
SBB CINTA!!!..FULLSTOP..KN?AMACAM?BETOL X???
 
 
ERTI CINTA!HURM!!!!!!!siapa tahu apa makna cinta?
cinta itu buta!!~person 1
cinta itu apabila dapat bersama dengannya!~person 2
cinta itu dari mata turun ke hati!~person 3
 
cinta itu apabila kita dapat bersama dengannya sehingga ke syurga~HILAL ASYRAF
 
biar apa pun makna cinta pada diri kita,cinta itu sememangnya tidak salah
namun sebaik2 cinta adalah  apabila kita dapat bersma dengannya sehingga ke syurga..tidak kisahlah apa jua jenis cinta sekalipown..
cintakan keluarga,cintakan rasullah,cinta seorang sahabat, cinta seorang kekasih
 bercakap itu mudah kn!
melakukannya itu payah!!!!
jadi mcm mne proses dan tindakan kita nak bersama dengannya dan membawa orang yang kita cinta hingga ke syurga???
itu yang menjadi persoalan....
 
MACAM MNE??macam tu larh!ye larr!macam 2, tue macam mne??
PERTAMA~PERSIAPAN DIRI
macam mne kita nak membina persiapan diri...
persiapan diri tu blh di skopkan mcm2 jenis~persiapan dari segi ilmu kah?ekonomikah?
itu pilihan anda..
Namun apa yang penting ilmu terlebih dahulu..tuntutlah lah ilmu....
Dalam proses cinta ini makna kata membawa dan bersama dengan orang yang dicinta hingga ke syurga TERSANGATLAH PANGJANG PERSEDIAANYA!kena ada perancangan..dan..
perancangan itu juga harus dimulakan dari sekarang jugak!supaya kita sentiasa bersedia dengan persiapan tersebut....
supaya kita tidak akan terleka dengan cinta yang wujud dalam hati...kerana kita sudah tahu apa makna cinta yang sebenar-benarnya..
Nak tahu lebih  bacalah buku SEBELUM AKU BERNIKAH..
INSYALLAH...
 
MOGA HATI-HATI KITA AKAN TERBUKA UNTUK MENCINTAINYA DENGAN SEIKHLASNYA...UHIBBUKAFILLAH(AKU CINTAKAN KAMU KERANA ALLAH)
 
 
 
 
 

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Wednesday, January 2, 2013

HEPI BURFDAY ADIK

Assalamualaikum....

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN MASIHI YANG BARU...

ALHAMDULILLAH..nikmat a'ajat dan imdat Allah berikan pada diri kita..kerna dapat hidp dan bernafas di bumi tuhan yang maha indah indah...

ANYWAY..dh lama rsanye x post cite2 baru....hurm..bz larr katakan..Acehhhh!bz larr sgt kn..mungkin xda mood nk post kot..

Di tahun baru 1/1/2012 tahun baru, umur pun baru.... teringat kt seseorang...ADIK!HEPI BURFDAY!WAIT FOR ME, OKEY! MISS U VERY MUCH...


COMEL KN!...

sekian..hehehe



~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Saturday, June 23, 2012

Kursus kepimpinan JMK

Assalamualaikum..




 JMK KAB SESI 2012/2013

Alhamdulillah setelah berpenat pegi kem kepimpinan JMK(Jawatankuasa mahasiswa kolej)..akhirnya,dpt jugak blik kolej balik cuma xdpt nk balik kg ja lagi..insyaALLAH dpt jugak balik kg nnty,cuma lambat jaa. KUALA PEGANG,baling,kedah!wait 4 me,okeyh!really  miss my village and family..

Bertempat di Kem Impiana Resort,Hulu Langat,Selangor.tempat 2 betul2 ditengah2 lembah...seolah bentuk kawah yg dikelilingi oleh bukit bukau..macam Kem PLKN Balik Pulau..mmg sgt cantek..tp Kem PLKN BALIK PULAU LGI CANTEK KOTT...HEHEEHH..puji tempat yg pernah berPLKN...larh,katakan..

Mcm besa larh,kalau pegi kem,xkena aktiviti yg mencabar,xpegi kem larh namnye kn!btol x????aktiviti yang paling mencabar bagi anis lar,nite walk...SERIOSLY..selama pegi kem mne2,xpernah da nite walk(dibatalkn)..paling x pown nite walk ditukar dgn ragging tgh2 malam2(msa kem latihan medan JPAM)...nie larr first time merasa nite walk,owhhhhhh!jgn terkejut,eyh!heheeh.. kali nie,kna larr jugak merasanye nite walk,kn!sebelum nie kn xpernah...sepanjang jalan sngt mendebarkan perasaan,berdegup kencang DUB DUP DUB DUPPP! rsanya(PENAT ++++++ TAKOT)..tp tetap juga nk tgok perjalanan malam meredah hutan,panjat bukit,turun bukit yang curam..sbb nk tgok keindahan malam..Alhamdulillah,,,sgt cantek suasana hutan waktu malam..walaupun gelap,tp ada ketikanya,ada cahaya dr daun yg berguguran kt hutan 2..tp xtahu dr mne dtgnye daun yg bercahaya 2,ssb bulan xpown memancar cahaya kt daun 2..sbb ditutup ngan pkok2..Lps malam 2..habis skit2 badan2...

Esoknye pulak..jungle trekking(turun bukit,naik bukit,,yg berbatu2 dan curam...)tapi suasana diats bukit 2..sngt cantek..xspecially time terjumpa ngan air terjun..SUBHANALLAH...sgt cantekk...

lpas 2 plak,merentas halangan..paling kesian kt kawan yg tlong tampung berat anis larr..pijak atas lutut Sathtish,pas 2,tertepis pulak dagu dya..sgt kesian..msa 2,time nk panjant WALL..pas 2 plak,time nk merentas titi(batang pokok)pulak!kt bwh titi 2 da parit(air xbyk pown)..sgt takot2..tapi nk mencuba jugak..paksa jugak diri..dgn xpkai highnest..jalan mcm 2 jaa atas batang pokok2..bila sampai kt tgh2 batang pkok2 2..dh mengigil plak kaki..tp nseb bek..da org bg sokongan..AKHIRNYA dpt jugak melepasinya..huh!penat bertarung ngan perasan(heheheh!penat larr sgt kn!)..
kalau dlu time latihan medan JPAM blh lar merentas tali pakai tali yg diikat kt badan(juz satu tali diikat di badan dn disambungkan dengan tali dibahagian atas kepala,guna ikatan tindih kasih)blh lar juga da keselamatan kn..nie..ape pown xda)sekadar badan2 ja..nk tanpung berat lagi,seimbangkan badan lagi..

perkara yg xleh nk dilupakn jugak,kna rendam(duduk n baring2) dlm air sungai(air terjun) pkul 2 pagi lepas abis nite walk 2...serius menggelatar rsanya..BLEH BAYANGKAN je larr kn..betapa sejuknya air time 2..

tapi bagi anis sume itu adalah cabaran utk seorang pemimpin menghadapi cabaran tu..2 baru sikit kn..cabaran yg mendatang..kita xakan tahu..mungkin lebih teruk!well,only ALLAH knows,right!cuma ALLAH xakan berikan ujian 2,jika kita xmampu menghadapinya dan sebagai tanda ingatan dya pada kita dan juga sebagai penguji keimanan terhadap DIA..


Jawatankuasa Mahasiswa Kolej-kolej Kediaman(EXCO PRO)
yg tepi sekali 2(kanan),anis...bertudung hitam..abaikan peace yg xjd..xsempat nk buat peace,okeyh!..hheh


Daripada kem,ini..sedikit sebanyak dapat lar,menambahkn pengetahuan tentang organisasi,kepimpinan(ada larr LDK teori)....insyaALLAH..harap anis dpt praktikkannye..
~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Monday, June 4, 2012

cintan-cintun c212

ASSALAMUALAIKUM....


HA!nie larr dya seloka yg menang tempat ketiga 2...Baca,ey..




 Assalamualaikum secangkir kata
c212 empunya gerangan ingin bercerita
6 puteri kayangan segak bergaya
...
pelbagai karenah, tak larat cek nak layannya

Shuliza Ahmad nama diberi
umuRnya paling tua di antara kami
bermekap sakan setiap hari
al maklumlah bakal Raja sehari

Empunya diri naManya Cik Aini
Itulah N.Bendahari Kolej Aminuddin Baki

sangat sibuk ke sana ke sini
pAbila diBeri kerja ceKap sekali

Comel & keCil tubuh badannya
pAbila berdebat lantang sekali
kArtun Anime menjadi feberetnya
siapa lagi kalAu bukan Izatul Anis Md Rodi

bErkaca mata, Mijah budaknya
teman seBilik dengan Izatul Anis
mengacau orang aDalah hobinya
buat orang ketawa sampaI menangis

bErtahi lalat di pipi manis sekali
daRi Ganu dia maRi
menGemas rumah, hobi tersendiri
Itulah Rozila empunya diri

dAri Sarawak terbang ke miRi
Farhana sYahirah anak Pak Pandi
berGayut telefon setiap hari
bIla berjalan Lupa diRi

Itulah aL- Kisah, kami sekeluarga
riuh rendah bila bersama
puas sudaH, haBis bercerita
tiba masa Undur diri pULa

hasil nukilan: puteri kayangan c212...:)

sekian


~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Sunday, June 3, 2012

RINDUNYA SGTTTTTTT!

ASSALAMUALAIKUM....

post kali nie pasl rindu...rindu lagi,xda post lain ke,hah!hmmmmm,xkekeringan idea +++++ malas nk update blog....begitulah hati  seorang insan..pasti akn hadir perasan yang sebegitu...YA ALLAH,rindunya pada mereka,famili....TERSANGATTTTT2x......setiap kali kol mak kat rumah..dgr adik paling bongsu gelak2 main ngan adik yg lain...monolog anis dlm diri..bila larr dapat balik kg bermain ngan dya....ingat ke dya kt muka akaknye lagi.....
Naseb baik larr,adik bongsu 2,suka tgok gambar akak dya dalam album....Harap2 dya ingatlar...setiap kali ckp ngan dya dlm phone..ditanye dya "bila kak nk balik",,jwb anis :" kak tak tau lagi mcm mna....nanty kak balik,ey...pas 2,bila mak ckp "rindu kat kak" anis: "kak pun rindu kt mak jugak"...air mata dh tak tertahn lagi..jatuh bergugur-guguran tak terkira rasanya,sebak rasanya....Jika di saat itu anis mampu balik....akn anis terbang balik kedah jugak..lepas 2 anis ckp : eti(adik pertama umur 19 thn kn ada).. mak jwb : eti tak sama dgn kak,setiap anak mna blh sama,kak lain,eti lain,adikk hakim lain,izam(bang cik) lain,izat lain, msa 2 dh tak terkata anis...sedih teamat2 sgt,,hah!smpai hiperbola bhsa,perbandingan yang melampau...tapi disebabkan tuntutan seorang pelajar membataskan tindakan anis utk balik,xdpt larr nk balik....kalau da cuti byk 4 ke 5  hari ke boleh larr balik..nie stakat 2 hari...nk balik,,,tutttttt!sampai kg pagi 2...mlm 2 jugak dh kena brtolak  balik perak....begitulah perasan rindu,kasih,sayang yang DIA anugerahkan pada kita(hamba-hambanya)..begitu indah perasan itu....
Tak pe,penenang hati:setiap perkara ada hikmahnya"..anis berkorban masa,xdapat balik kg,pda waktu ini,pasti ada perkara yang mendatang yg akan kita perolehi, yang mana kita tidak akan tahu sekali pown apa bendanya itu..sekadar menanti untuk ianya muncul dan dirasai...Semoga perasan rindu ini akan membuahkan semangat dalam diri untuk lebih berusaha di waktu exam nnti,InsyaALLAH..

sekian

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Saturday, June 2, 2012

Malam Jalinan Mesra Blok C KAB

ASSALAMUALAIKUM...

Pada hari Rabu 30/5/2012 telah diadakan makan malam bersama penghuni2 blok c Kab, kampus sultan azlan shah,UPSI..(skemanya ayat)..memang best..makan pown sedap..tapi xleh nk makn bayak2 sebab mlm 2 dh memang kekenyangan sgt2...


gmbar yang snap sndiri-DSLR kwn punyer..thanks a lot kak shu...
thanks jugak atas make up 2...First time make up,owh....aslnya xnk make up...Tak pe lepas nie make up larrr,tebal2 pown..time kawen larr utk seorang suami yg sah memiliki hati dan diri kita selepas keluarga kita...okeyh!







 nie hadiah tempat ketiga...seloka c212...atas perkongsian idea anis skit,miza sikit..jadi terhasil larh..seloka 2...ALHAMDULILLAH..dpt jugak hadiah..wlupown xbertuah nk dpt hadiah cabutan bertuah...tak bertuah agaknye...






Sebenarnya da byk lagi gambar..tp lambat skit nk upload dlm blog nie.....nnty2 ye,anis postkan gambar yg lain..mmg agak brpuas hati dgn gambar yg diSNAP..cantek!heheheh!puji diri sendiri....at least...xda orang nk puji lar kta kan...SEDIH...huhuhu

lepas pegi dinner,ambik2 gambar segala bagai...pas2 balik rumah..terus demam,2 hari demam...pergh...sakit tekak lagi...seksa btol..tp alhamdulillah..da kawan yang prihatin,suruh makan jugak walaupun sakit tekak,xbgnyer anis puasa hr kamis 2..,dilayannyer anis macam budak kecik pulak,nk ubat tolong ambik kn..nk minum air tolong ambik msa mlm 2(rabu)...TERHARU2 SGTTTT....terima kasih...MIZA...tetiba,teringat pulak kg...sedih,,,nk blik kg...mak jaga kita time sakit..

sekian...

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

apa yang diperlukan

ASSALAMUALAIKUM....

Setelah msuk universiti nie,anis rasa mcm dalam  proses nak mnjdi seorang yang apa yang kita inginkna sememangnya agak sukar,,,,namun kesukaran itu pasti akan ada hikmahnya juga...dan apa yang diinginkan sebenarnya tak selalunya mudah diperolehi.....
kerana kekadang ALLAH berikan  apa yang diperlukan oleh diri kita..Wlaupun sebenarnya kita tidak tahu pown apa yang diperlukan oleh kita....Sesungguhnya ALLAH Maha tahu apa yang terbaik buat diri ini....Semua orang ucap tahniah buat anis kerana telah memegang satu tanggujwab yang besar utk berbakti buat kolej Aminuddin baki yang tercinta dan penghuni2nya.....
Namun sebenarnya terdetik di hati ini,mampu ke aku nk melakukannya?..Ya ALLAH,bantulah hamba ini....Sememangnya tiada ucapan lain lagi yang kawan2 mampu berkongsi kegembiraan selain dengan ucapan tahniah,dan disudut hati ini,jika pada permulaannya kwn ucap tahniah,di akhir meletakkan jwtan pown apa yang diiginkan adalah ucapan tahniah krana anis mmapu menjalankan tanggungjwab dgn sebaiknya...INSYALLAH..

Semoga anis mampu menjalankan tanggujawab ini dengan sebaik yang mungkin...disamping tidak melupakan tanggujawab yang sedia tergalas dibahu ini sebagai seorang pelajar dan Hamba ALLAH...menjadi seorang pemimpin bukan senang dan dalam proses menjadi seorang pemimpin pun bukannya senang....

sekian..
~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Monday, May 21, 2012

Selamat Datang Rejab

Assalamualaikum..

Cepatnye masa berlalu kn?rsa mcm baru je,puasa..nie dh nak puasa pulak dlm bulan yang penuh dengan barakah..Bulan Ramadhan...Tinggal lagi dua bulan lagi sebelum Ramadhan menjelma..EHEMMMMM!sape yg xganti posa lagi..ganti larr cepat2..Karang terlupa pulak kn...kalau dilambat-lambatkan...
Ok!cite pasal bulan Rejab nie..orang kata jika kita puasa bulan Rejab,sya'ban nie..adalah bulan yang paling elok berpuasa selain puasa sunat hari isnin ngan khamis..So,dgn berpuasa byk2 dlm kedua2 bulan nie,dpt larh TOP UP pahala kn!bukan asyik TOP UP kredit jaaa..heheheheh..ingatan utk diri sendiri jugak! 
sebaik-baiknya,Puasalah pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya iaitu seperti puasa sebulan pahalanya.

 Dalam bulan rejab nie juga dikenali sebagai bulan istighfar..Jadi perbanyakkan lah...istighfar kita...moga2 kita akan beroleh ketenangan...di samping pahala sperti yang dijanjikanNYA..
 Jadi SELAMAT DATANG BULAN YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN DAN BARAKAH..

Nie adalah doa bulan Rejab

Kredit to Farhan Azhari kerana menshareknnnya dr Fb..anis juz sharekn kt sini ja...

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

 sekian

~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Friday, May 18, 2012

jatuh cinta vs admire vs suke2 je

ASSALAMUALAIKUM...

Antara ketiga2 frasa nie,agak2nye kn..yang mana satu pilihan hati(mcm lagu saloma dalam cite P.Ramlee,yang mana satu pilihan hati,tidak ku tahu...xingat sudah!heeee...)hurmmm..susah kn...

Bila org ckp psl  someone yg kite admire...msti da byk kn sbb basicnye org 2 hensem larh,cantek lar,ayu larh,muka mcm ex-boboi larh,muka mcm ex-gegirl larh...hahahaah...GATAL!larh 2 kn(xda larrr)...sbb ramai org sllu tukar org yg dya admire,kn!..Bila sebut pasal cinta pulak?hah!mcm mne 2....suke plak!lagi larrr ceq tak tau nk habaq lagu mana....cinta itu anugerah ALLAH..diberinya perasan itu..jika DIA xditiup perasan itu dlm hati,maka biarlah kawan lama2(kwn pown jga batas tau) mana sklipun..tetap x akan hadir perasaan itu..
alangkah bagus jika perasaan itu timbul, kita sukakan seseorang itu kerana ALLAH dan agamanya..ada lagi ke org yg mcm 2????dan yang paling penting sukakan orang 2 apabila dya telah menjadi halal bagi kita.susahkn nk jumpa org mcm 2..Harap2 anis mampu ada ketiga2 perasaan ini kerana agamanya dan ALLAH(yang paling utama)
mesti,kn hamba Allah 2,nk yang solehah mcm dya jugak kn yang soleh.di mana dlm meilih seseorang menjadi teman hidup adalah yang pertama,rupa paras,harta,keturunan dan penentu yang paing penting adalah agama..Tak layak rasanya nk digandingkan dgn orang sebegitu...Namun,sekadar mengimpikan, xsalah kn...Maka,apabila kita menginginkan seseorang yang baik budinya,akhlaknya,agamanya,maka perempuan itu pown perlulah sama2 mencuba untuk menjadi baik juga dr segi akhlaknya,pandangannya,mnjaga kehormatannya,dan agamanya...Sebagai persediaan hendaknya, kan!DAN yang paling penting juga adalah hadirkn perasan itu juga kepada Rasullah S.A.W sebagaimana nabi cinta kan ummat-ummatnya yang mengingatinya dan merinduinya.
seperti mana dlm suatu hadis,bercerita bgaimana suatu hati nabi termenung jauh seperti rindukan seseorang.melihatkan keadaan nabi yang begitu lalu,sahabat bertanya,ya Rasullah,kenapa termenung.Nabi menjawab yang aku rindukan  ikhwan aku.....sedangkan sahabat berada di situ.Siapa ikhwan itu?sedangkan kami sahabatmu berada di sini.Ya,kamu adalah sahabat aku,aku sayang kamu,tapi yang aku rindukan ini adalah ikhwan aku.mereka aku tidak pernah berjumpa,mereka cintakan aku,merindui aku,dan sangat menginginkan untuk berjumpa dgn ku.,,Lihat betapa cinta dan rindunya pada ummatnya yang merinduinya..moga2 kita mampu tergolong dalam ummat yang dirindui Rasullah itu.Sgt bertuah...


Sekian
~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

MOTIVASI diri itu penting!kem akhir PRS

Assalamulaikum..

Selama 11 minggu berada bersama kawan-kawan dalam kelas Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)..akhirnya,tiba ke detik2 akhir kelas akan ditamatkan apabila tiba mggu ke 12..Terasa sayang pulak nak meninggalkan kawan-kawan PRS yang mana ukhwah telah terbina dan dieratkan lagi dengan KEM Akhir PRS di Desa Selesa,Sg Samak.Walaupun kem 2 dijalankan selama 2 hari,tetapi cukup bermakna...Mungkin tempat 2 kurang memuaskan..tapi modul yang diberikan oleh fasilitator2 dan instruktor sangat best..Pesan Instruktor abg Khairudin(ahli kumpulan nasyid Menhajj Upsi),"kamu datang sini seperti botol separuh,maka ilmu yang diperolehi itu akan memnuhkan botol tersebut.tetapi jangan letakkan diri kamu datang ke sini seperti botol yang penuh,maka ilmu yang diperolehi akan melimpah ruah".Jika ilmu itu melimpah ruah sehingga keluar dari botol,maknanya ilmu yang dieprolehi itu tidak akan dapat disimpan dalam ingatan jangka panjang,mungkin jangka pendek sajoh!Maka,memang betollah kata abg khairuddin 2,sememangnya banyak sangat ilmu yang diperoleh masa kem 2..Motivasi pown dapat..."seseorang yang bermotivasi tidak akan mengambil kisah akan perkara-perkara lain jika ditanganya sudah ada matlamat yang jelas ingin mencapai sesuatu"kata-kata terakhir dalam ucapan terakhir abg kudree(instruktoror)...

Dalam kem 2,hari pertama,bermula dengan ice breaking buat kumpulan ikut nama negeri,irama muzik(pop,slow rock,k-pop,rap,irama melayu,nasyid,balada) dan semasa membentuk kumpulan ikut nasib lah dpt sekumpulan ngan sapa...mmg betol ikut nasib xdapat sekumpulan ngan kawan yang rapat dalam kelas,,huhhuhu.. dan pada malamnya sesi persembahan  P.Ramlee dan modul buah oren.
Modul buah oren, ingin menunjukkan pada kita tentang sahabat.sangat tersentuh dengan modul 2..instruktor menyuruh 3 pasangan buddies,datang ke depan dan diebrikan setiap pasangan buddies sebiji oren,dan memakannya..tujuan diberi buah oren itu,nk tengok sejauh mana persahabatan itu,adakah seorang kawan sanggup berkongsi makanan itu dengan kawannya atau tidak.dan dihubungkaitkan dengan cerita Rasullah s.w.a dengan sebiji oren.

Diceritakan pada suatu hari Rasullah mendapat pemberian sebiji oren daripada seorang wanita yahudi.Rasullah pown menerimanya dan memakannya sehingga habis tanpa meninggal seulas sekalipun.Lalu sahabat Rasullah pown bertanya kenapa Rasullah tidak berkongsi buah oren 2 dengan sahabat kerana selalunya apa-apa makanan yang baginda makan akan dikongsikan dengan sahabat-sahabatnya.Setelah makan habis dan berterima kasih kepada wanita yahudi tersebut..Rasullah pown menjawab pertanyaan sahabat baginda,sebenarnya buah oren itu masam dan baginda xnak sahabat baginda merasa betapa masamnya menahan perasaan masam, itu ..Padahal sebenarnya waktu Rasullah makan buah oren tu,riak wajah baginda lansung tidak terkelihatan berkerut masam sekalipun malah riak wajah baginda biasa2 saja seolah2 buah oren tue sedap dan manis.Rasullah berbuat begitu demi untuk menjaga hati wanita yahudi sepuya tidak tersinggung dan demi menjaga sahabat baginda jika mereka memakan buah oren 2,takot tak tertahan masamnya...Begitulah sifat nabi yang sangat mulia seperti Al-Quran...seperti kata-kata Saidatina Aisyah,apabila seorang sahabat bertanyakan sifat rasullah itu bagaiman,maka kata  Saidatina Aisyah,sifat Rasullah itu seperti Al-Quran sangat terpuji.Begitu hebat akhlak Rasullah,,jika nak dibandingkan dengan kita,adakah disaat kita makan makanan yang masam atau pedas,mampu atau tak kita menahan riak wajah kita daripada menunjukkan bahawa makanan itu masa atau x..anis rasa msti tak termampu oleh kita..tetapi Rasullah,blh melakukkannya..hebatkn...Jadi,seharusnya,dalam kehidupan,biarlah Rasullah menjadi model ikutan kita bukan artis yang menjadi model ikutan kita..

 Masa time persembahan pulak,kumpulan anis kna buat persembahan Madu 3,dan anis kena jadi isteri yang ke 3,kne berlakon bersanding dgn Ramlee...MMG MALU gilerr...w/pon pernah berlakon teater,tapi perasan malu 2 tetap xblh dibuang..heheheye lah..kna berlakon bersanding dihadapan 109 peserta n isntruktor,encik Wan,Fasilitator..dah 2 pulak dorang terlupa step..msa time bersanding isteri ke 1 dan 2 kne masuk marah ramlee..sbb kantoi kawen 3...bertambah2x malu lagi larr sbb kena bersanding lama2...

Hari kedua pulak,bermula dengan modul yang ingin meguji sejauh mana ilmu sains seseorang itu.Setiap kumpulan diberi sagu,gula,garam,tepung,benang,cawan polisterin yang berisi ais,...Macam mana nk keluarkan semua ais dalam cawan itu tanpa menggunakan tangan menyentuh ais 2..cuba fikirkan????jwapannya...dgn mnggunakan garam larh...sbb garam 2 dapat melambatkan proses pencairan ais..first,benang diletakkan diatas ais dan garam ditabur diatas ais yang telah diletak benang tue..letak skit2 ja..tggu lama skit..dpt larr angkat ais 2..Tapi malang sekali,kumpulan ONE(kumpulan sya xdapat nk buat cam mne..dh larr campur semua bahan 2,dh macam nak buat ais goreng dah..mcm ABC pown ada..kali kedua cuba buat(tukar ais baru)pown xdpat jugak..hurm..Malang btoll!

Hah!modul nie yang best,Combat!main perang2...dah mcm berperang betol..peluru=belon berisi air nila...mmg mandi air nila larr kalau xdapat nk elak..tugas nye senang,mula2 pancing botol berisi sedikit air dengan kayu ranting dengan cara membelakangkan badan.seorang ketua akn memberikan arahan.Lepas 2,sapai kt checkpoint setrusnya,kne ambik smabut belon berisi air shaja...dan seturusnya ditukar dengan peluru air nila berdasarkan berapa belon yang dapat disambut.Lepas 2,start larr main perang2..3 orang panglima sja yang bleh serang kumpulan lain..raja akan dikira mati jika terkena peluru pihak lawan.maka,rakyat kena lah lindung raja..maka bersungguh2 larh rakyat nk lindung raja takot mati kna peluru panglima pihak lawan..kalau raja mati kena tolak markah..kalau dapt bunuh raja dapat markah..mcm2 taktik peperangan ada..bergabung kerajaan larh..paling kesian raja kena duduk ditengah2 bulatan rakyat yang nk melindungi raja..terkepit2 didalam tue..takot kena serang..
 dan akhir sekali merentas sungai...mmg best!dapat mandi sungai setalah sekian lama xdpat mandi sungai...tp bukan stakat mandi sungai je...Check point 1,kna duduk bersila dalam anak sungai sambil menyanyi lagu Andai Dapat Ku Undurkan Masa,check point ke 2,kna menyambung cerita menjadi berita,Check point ke3 kna menyelam dalam air sambil memeluk pasir sungai mengahrgai bumi dan mendengar bunyi aliran sungai,check point ke4 pulak kne buat istana pasir dengan menyanyi ulat bulu yang punya kaki seribu.dan last sekali kna merentasi bawah pokok tumbang dengan berjalan ketam dam air sungai.Dan selepas 2,kna merentas sungai yang berarus deras...Ya Allah,msa 2,ada suatu masa macam seolah2,kaki tak dapat nak jejak asir sungai..Sgt takot...mmg berpelukn lah ngan kawan2..takot kna hanyut..tapi sekejap je larr..time xleh nk jejak dasar sungai 2(dh xpndai nk berenang)boleh bayangkn ja larh..laps 2..dh ok dah..relaks ja larr mandi air sungai 2..paras pinggang ja(pinggang abg khairudin)..kalau anis(paras perut)atas skit dr pinggang..okeyh,fine,,anis kn rendah n kecik n comel je...heheeheh..

sepanjang perjalan pulak,kitorg setiap kumpulan diarahkan untuk mencari sesutau benda yang dirasakan unik dan akan present time abis merentas sungai 2...

Ape2 pown,kem ini buakan setakat mendapat suatu ilmu ynag baru,tetapi dapat meningkat motivasi diri xspecially motivasi seorang pendidik(bagaimana nk menjadi seorang pendidik yang berkualiti)!yaeh!!moga2 ANIS MAMPU menjadi seorang pendidik yang berkualiti..berkualiti yang macam mane?mampu bentuk seorang pelajar itu menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti..tidak perlu diskriminasi antara pelajar yang pandai dan xpandai ataupon nakal..sebaliknya sma ratakan kasih sayang itu dan ubah pelajar nakal itu menjdai seseorang yang berguna..Tinggalkan sesuatu yang bermakna terhadap pelajar itu supaya kelak dia akan sentiasa mengingati kita.

sekian





~Terima Kasih Daun Keladi kerana sudi membaca entry arenyss~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...